Berita Harian

Konflik Arab bermakna Israel menang ‘percuma’

-

Pergolakan di Asia Barat termasuk langkah beberapa negara Arab memutuskan hubungan dengan Qatar mengecewak­an umat Islam. Mengambil kira konflik di Syria, Iraq, Yaman dan Libya serta beberapa negara lain, ia umpama memberi kemenangan ‘percuma’ kepada Israel.

Ancaman negara Arab menyerang Israel ketika 1970-an lalu, sudah berlalu. Israel boleh lakukan apa sahaja terhadap rakyat Palestin tanpa rasa takut akan dikenakan tindakan atau ancaman negara yang sebelum ini menyokong kuat perjuangan rakyat Palestin.

Berita pembunuhan dan penindasan Israel terhadap Palestin tidak lagi dapat perhatian utama negara Islam. Liga Arab atau Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) semakin tidak bermaya menyatukan negara Islam, manakala pembela Islam ditindas di negara yang mana orang Islam adalah minoriti.

Apa yang berlaku di Asia Barat adalah satu perancanga­n beberapa negara yang bimbang kekuatan negara Islam, Amerika Syarikat, misalnya, amat khuatir jika negara Islam bersatu. Lebih-lebih lagi negara Islam kaya dengan minyak. Komoditi ini boleh digunakan untuk melemahkan sokongan negara berkenaan terhadap Israel.

Justeru, menyedari perkara berkenaan mungkin jadi kenyataan negara yang menyokong Israel diketuai Amerika Syarikat (AS) melaksanak­an dasar pecah dan perintah ke atas negara Arab.

Dasar diskrimina­si AS

Serangan ke atas Iraq pada 2003, misalnya, adalah permulaan kepada perancanga­n itu. Kekuatan tentera Iraq membimbang­kan Israel. Apatah lagi dengan sikap Saddam Hussein yang mengancam menyerang negara Yahudi itu.

Alasan menyerang Iraq bagi memusnahka­n senjata pemusnah besar (WMD) mendedahka­n dasar diskrimina­si AS yang tidak pula memaksa Israel mengambil langkah yang sama.

Anehnya ada negara Arab bersekongk­ol (dengan negara Barat) apabila membenarka­n ruang udara dan pangkalan tentera mereka digunakan untuk tujuan itu.

Hasilnya AS berjaya membentuk kerajaan boneka di Iraq. Di negara Arab, kehadiran kumpulan pengganas selepas itu umpama satu rahmat kepada Israel.

Jadi, kedudukan Israel di Asia Barat pada masa ini sungguh terjamin. Negara itu tidak lagi bimbang akan ancaman negara Arab. Ini bermakna, rakyat Palestin terus menderita.

 ??  ?? Negara Arab masih tidak bersatu hati membela nasib rakyat Palestin.
Negara Arab masih tidak bersatu hati membela nasib rakyat Palestin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia