Berita Harian

KL kekal di persada, NS getir

Skuad warga kota atasi PKNP FC 1-0, Hobin Jang Hobin seri 2-2 dengan PDRM

- Oleh Mohamad Zulfaizan Mansor dan Mohd Amin Jalil

Kuala Lumpur kekal di kedudukan teratas Liga Perdana selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas PKNP FC di Stadium Majlis Perbandara­n Selayang, malam tadi.

Keputusan itu menyaksika­n skuad kendalian Fabio Joaquim Maciel berkongsi 41 mata dengan Terengganu di kedudukan kedua selepas 19 perlawanan.

Biarpun perlawanan bermula rancak dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan, namun tidak banyak percubaan berbahaya dapat dilakukan.

Ketangkasa­n penjaga gol PKNP, Ahmad Asyraaf Omar berjaya menyelamat­kan gawangnya daripada dibolosi, sebelum tertewas kepada rakan sepasukan apabila Mohammad Raffi Nagoorgani tertampan bola ke gawang sendiri ketika berlaku kelam kabut di hadapan pintu gol pada minit ke82.

Keputusan 1-0 memihak Kuala Lumpur kekal hingga wisel penamat, bagaimanap­un perlawanan ditamatkan dengan sedikit insiden kekecohan antara pegawai dan pemain kedua-dua pasukan.

NS hanya mampu seri Di Seremban,

Negeri Sembilan menempah laluan lebih berliku dalam misi melayakkan diri ke Liga Super musim depan, apabila mencatat keputusan seri 2-2 dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi.

Anak buah Mohd Asri Ninggal membuka tirai jaringan menerusi sepakan deras Bruno Suzuki dari jarak kira-kira 25 meter yang menewaskan penjaga gol pelawat, Muhamad Al-hafiz Hamzah untuk gol pertama Negeri Sembilan pada minit ke-28.

Kelebihan tuan rumah itu bagaimanap­un tidak bertahan lama apabila PDRM menyamakan kedudukan menerusi tandukan Shahurain Abu Samah pada minit ke-38.

Pemain gantian Sean Eugene Selvaraj berjaya meletakkan Negeri Sembilan kembali di depan selepas melakukan sepakan deras dari luar kotak penalti yang menggegar gawang pada minit ke-44.

Bersambung babak kedua, skuad The Cops menggandak­an asakan sebelum Shahurain yang tidak dikawal menjadi penyelamat apabila menjaringk­an gol kedua pasukan itu pada minit ke62.

Keputusan kekal 2-2 sehingga wisel penamat.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia