Berita Harian

Peluang Terengganu ke Liga Super cerah

-

Kuala Lumpur: Misi Terengganu untuk kembali beraksi di Liga Super musim depan dilihat cerah apabila mencatat kemenangan 3-0 ke atas Kuantan FA di Stadium Darul Makmur malam tadi.

Namun, skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim itu terpaksa menunggu sehingga minit ke-34 untuk membolosi gawang tuan rumah menerusi importnya, Tchetche Herman Kipre yang menewaskan penjaga gol The Seagulls, Khairul Nidzam Mohammad Noor.

Bersambung babak kedua, Kipre tidak menunggu lama untuk menambah jaringan dengan gol keduanya pada minit ke-47.

Adib Aizuddin Ab Latif menjaringk­an gol ketiga buat Terengganu untuk mengukuhka­n kedudukan skuad itu yang kini berkongsi 41 mata dengan pendahulu liga, Kuala Lumpur yang mempunyai kelebihan jaringan gol.

Di Stadium Majlis Perbandara­n Pasir Gudang,

Johor Darul Ta’zim (JDT) II bangkit daripada ketinggala­n satu gol untuk menewaskan MISF-MIFA menerusi dua jaringan penalti Jeronimo Barrales pada minit ke-67 dan 74.

MISF-MIFA terlebih dulu mencipta jaringan pada minit ke-12 menerusi M Thinaadkha­ran dan bersambung babak kedua, keadaan seakan memihak kepada pelawat apabila pemain JDT II Syahrul Azwari Ibrahim dilayangka­n kad merah pada minit ke-62 oleh pengadil perlawanan, Muhammad Rahmat Jantan.

Merah Biru bangkit

Namun ia tidak menjejaska­n tuan rumah untuk bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-67 menerusi Barrales yang mudah menyempurn­akan sepakan penalti selepas kapten JDT II itu dikasari di dalam kotak penalti.

Ketika aksi memasuki minit ke-74, tuan rumah dihadiahka­n sepakan penalti kali kedua selepas Barrales dikasari di dalam kotak penalti dan dia mudah mencetak nama selaku penjaring kedua skuad Merah Biru sekali gus memastikan kemenangan di laman sendiri.

Di Stadium Proton,

Tanjung Malim, Perak, perlawanan pada sebelah petang menyaksika­n Sabah kendalian Jelius Ating menundukka­n Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2-0 hasil jaringan Rodoljud Paunovic pada minit ke45 dan Heo Jaenyong (m-46).

Di Stadium Tuanku Syed Putra,

Perlis kini diancam terjerumus ke zon penyingkir­an selepas tewas 3-1 kepada UITM FC. Do Dong-hyun membuka jaringan seawal minit kelima diikuti gol minit ke-14 Muhammad Izman Solehin Rohaidi sebelum Dong-hyun meledak gol ketiga.

Gol tunggal pasukan tuan rumah diperoleh pada minit ke-62 menerusi Makeche Ndumba.

Oleh Asrol Awang, Rizar Mohd Noor, Ryan Stanley dan Muhammad Mustakim Ramlim

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia