Berita Harian

Vingada buat 11 pertukaran

Pengendali Harimau Malaya turut panggil Insa sertai latihan pusat

- Oleh Naqib Nor Said

Pengendali Harimau Malaya, Nelo Vingada akhirnya memanggil tonggak tengah Pahang, Kiko Insa untuk menyertai latihan pusat kebangsaan menghadapi perlawanan persahabat­an antarabang­sa dan pusingan kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Hong Kong, 5 September ini.

Keputusan Vingada itu satu kejutan kerana pemain berstatus naturalisa­si dari Sepanyol itu tidak pernah dipanggil menyertai latihan Harimau Malaya untuk mana-mana kejohanan.

Pemain berusia 29 tahun itu boleh mewakili Malaysia berikutan ayahnya berasal dari Sabah dan sudah mendapat taraf kerakyatan sini.

Dia sebelum ini pernah beraksi di Sepanyol bersama skuad Albacete B dan Real Murcia B sebelum mengembang­kan kariernya di Indonesia bersama Arema FC dan Bali United.

Hanya 13 pemain daripada senarai 26 pemain dipanggil Vingada pada panggilan sulung di bawah kendaliann­ya sebelum ini ketika skuad kebangsaan tewas 2-1 kepada Lebanon pada perlawanan pertama kelayakan, 13 Jun lalu dikekalkan untuk kem latihan pusat kali ini.

Sebelas pemain yang digugurkan terdiri daripada Wan Zaharulniz­am Wan Zakaria, Afif Amiruddin, Mohd Faisal Mohd Rosli (Pahang), Shahrul Saad (Perak), Amri Yahyah (Selangor), Safee Sali, Mohd Nazrin Syamsul Bahri (PKNS FC) serta Izham Tarmizi Roslan, Mahalli Jasuli, S Chanthuru dan Azammuddin Akil (Johor Darul Ta’zim).

Tiga aksi antarabang­sa

Sementara dua lagi pemain iaitu Matthew Davies, 22, dan Nor Azam Abdul Azih, 22, telah dilepaskan untuk bersama skuad B-22 kebangsaan kendalian Datuk Ong Kim Swee bagi menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dari 14 hingga 29 Ogos ini.

Sebagai ganti, Vingada telah menyenarai­kan seramai 11 pemain baharu termasuk Insa selain memanggil semula dua pemain – Aidil Zafuan Abd Radzak dan Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham (JDT) yang sebelum ini terpaksa diketepika­n kerana kecederaan.

Untuk permulaan semua 24 pemain ini akan menyertai latihan pusat di Stadium Hang Tuah, Melaka sebagai persiapan menghadapi tiga aksi persahabat­an antarabang­sa A.

Tiga aksi berkenaan adalah bertemu Syria di Stadium Hang Jebat pada 22 Ogos diikuti bertandang ke Macau pada 25 Ogos dan menentang Myanmar di Yangon pada 29 Ogos.

 ??  ??
 ??  ?? Insa (kanan) boleh mewakili Malaysia berikutan ayahnya berasal dari Sabah dan sudah mendapat taraf kerakyatan Malaysia.
Insa (kanan) boleh mewakili Malaysia berikutan ayahnya berasal dari Sabah dan sudah mendapat taraf kerakyatan Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia