Berita Harian

Pasukan Liga M perlu lepas pemain

- Oleh Mohamad Zulfaizan Mansor

Kuala Lumpur: Langkah memanggil semula enam tonggak yang tidak melaporkan diri sebelum ini menunjukka­n betapa khidmat mereka benarbenar diperlukan dalam perancanga­n jurulatih skuad bawah 22 tahun (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee.

Enam tonggak itu termasuk Safawi Rasid dan Haziq Nadzli dari Johor Darul Ta’zim (JDT), Matthew Davies dan Nor Azam Azih (Pahang) serta dua tonggak Pulau Pinang, Syamer Kutty Abba dan S Kumaahran yang tidak mendapat pelepasan pasukan masing-masing untuk menyertai kempen kelayakan Kejuaraan B-23 AFC di Bangkok, bulan lalu.

Justeru, bekas pemain kebangsaan, Datuk Shukor Salleh berkata bukan menjadi kesalahan untuk Kim Swee memanggil semula enam pemain itu bagi menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Sebaliknya, Shukor menganggap keputusan itu akan lebih membuka mata semua pasukan yang terbabit betapa pemain antara aset penting dalam pasukan kebangsaan untuk memburu pingat emas pada temasya dwitahunan itu.

Perancanga­n jurulatih

“Kita harap tiada lagi isu tidak melepaskan pemain untuk mewakili negara kerana pada Sukan SEA nanti tidak membabitka­n perlawanan liga atau mana-mana kejohanan.

“Jika seseorang pemain itu disenaraik­an, ia bermakna mereka termasuk dalam sebahagian perancanga­n penting jurulatih.

“Jadi, pasukan pun perlu buka mata dan rela melepaskan pemain apatah lagi ia adalah tugasan untuk negara,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Kelmarin, Kim Swee menyenarai­kan 27 pemain untuk kem latihan pusat bermula, Ahad ini dan hanya 20 pemain daripada senarai itu yang akan terpilih untuk menghadapi Sukan SEA bermula 14 Ogos ini.

Selain itu, Shukor berkata, Sukan SEA adalah medan terbaik buat pemain muda negara memikat hati pengendali skuad Harimau Malaya, Nelo Vingada.

“Saya percaya juga Vingada berhasrat memanggil beberapa pemain muda dalam skuad Kim Swee untuk mengharung­i aksi persahabat­an dan kelayakan Piala Asia 2019 menentang Hong Kong bulan depan.

“Namun, dia (Vingada) fahampemai­n muda ini perlu mengharung­i Sukan SEA yang juga antara tugas penting untuk negara.

“Jadi, temasya dwitahunan itu menjadi medan terbaik buat pemain membuktika­n kemampuan untuk diserap ke skuad senior,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia