Berita Harian

Airasia tawar harga istimewa saksi KL2017

-

Sepang: Airasia bakal memberi tawaran harga istimewa penerbanga­n bagi penonton untuk menyaksika­n Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 Kuala Lumpur (KL2017).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Airasia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, Airasia selaku Syarikat Penerbanga­n Rasmi dan Penaja Emas bagi KL2017 berhasrat untuk membawa lebih ramai penonton menyaksika­n temasya dwitahunan itu.

“Adalah menjadi hasrat kami untuk menyatukan negara ASEAN. Kami juga berharap sangat pada masa hadapan, nama Sukan SEA ini akan dinamakan Sukan ASEAN selari dengan hasrat untuk menjenamak­an ASEAN secara keseluruha­n,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Larian Obor Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 Kuala Lumpur (KL2017) yang berakhir di ibu pejabat Airasia Redq di sini, semalam.

Larian Obor KL2017

Terdahulu, lebih 800 pelari menyertai Larian Obor KL2017 yang dibawa ke Sepang, bermula di Balai Berlepas Utama Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) dan berakhir di Airasia Redq.

Larian yang merangkumi jarak sejauh 5.9 kilometer itu turut disertai Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M Saravanan,

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Airasia X, Datuk Kamarudin Meranun; Tony; Presiden Airasia China, Kathleen Tan dan Ketua Pegawai Eksekutif Airasia X Berhad, Benyamin Ismail.

“Airasia amat teruja dapat mengambil bahagian dalam temasya sukan yang akan datang dan kami amat berbesar hati menerima kehadiran obor ini di Redq.

“Sukan adalah sebahagian daripada komitmen kami dan sebagai syarikat penerbanga­n ASEAN, ia adalah bertepatan bagi kami mengambil bahagian dalam acara sukan terbesar di rantau ini...kami amat berbangga menerima obor di ibu pejabat kami,” kata Tony.

 ?? [ FOTO BH / KHAIRULL AZRY BIDIN ] ?? Tony (tengah) berlari membawa obor sempena Sukan SEA 2017 di Airasia Redq, Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2.
[ FOTO BH / KHAIRULL AZRY BIDIN ] Tony (tengah) berlari membawa obor sempena Sukan SEA 2017 di Airasia Redq, Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia