Berita Harian

Khairul Hafiz, Badrul perkuat kuartet 4x400m

Penyertaan bergantung tahap kecergasan, turut beraksi 3 acara lain

- Oleh Helmi Talkah

Khidmat dua atlet pecut negara, Khairul Hafiz Jantan dan Badrul Hisyam Abdul Manaf kemungkina­n besar ditagih bagi memperkuat­kan kuartet 4x400 meter negara pada saingan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Bagaimanap­un, penyertaan kedua-dua atlet berkenaan bergantung kepada tahap kecergasan mereka memandangk­an mereka juga akan beraksi dalam acara pecut 100m, 200m dan 4x100m.

“Nama mereka memang ada disenaraik­an untuk acara 4x400m. Kehadiran mereka pastinya menguatkan lagi kuartet Malaysia dan sudah pasti peluang untuk menang pingat lebih cerah.

“Ini sebenarnya boleh dikatakan senjata rahsia tetapi apa pun sama ada mereka akan sertai kuartet 4x400m atau sebaliknya bergantung kepada keadaan fizikal dan kecergasan.

“Khairul Hafiz dan Badrul mempunyai catatan yang sangat baik dalam acara pecut dan itu membuatkan mereka sangat sesuai untuk acara 4x400m,” kata seorang sumber.

Prestasi terbaik

Empat pelari yang sah akan menyertai acara berkenaan ialah Muhammad Azam Masri, Mohd Arif Zulhilmi Alet, Muhammad Saiful Safwan Sai

dan Mohd Fairol Nazim Mohd Noor.

Kuartet berkenaan dilihat berada pada tahap prestasi terbaik menjelang KL2017 selepas berjaya memenangi pingat emas pada saingan Terbuka Vietnam bulan lalu dengan catatan 3 minit 10 saat.

Kali terakhir Malaysia memenangi emas acara 4x400m adalah pada Sukan SEA Korat 2007 menerusi kuartet dibarisi Mohd Zafril Mohd Zuslaini, Mohd Zaiful Zainal Abidin, Subramania­m Thipan dan Krishnan Amran Raj.

Pada Sukan SEA Palembang 2011, kuartet negara dibarisi S Kannathasa­n, P Yuvaraaj, Schzuan Ahmad Rosely dan Mohd Yunus Lasaleh melakar kejutan memenangi emas tetapi pingat berkenaan ditarik balik selepas Yunus disahkan gagal dalam ujian anti doping.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia