Berita Harian

Sony tampil sebagai penaja kategori emas

-

Putrajaya: Berbaki 14 hari menjelang temasya Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 (KL2017), Jawatankua­sa Pengelola Malaysia (MASOC) menerima satu lagi penajaan baharu daripada syarikat elektronik ternama, Sony (Malaysia) Sdn Bhd.

Sony yang julung kali membabitka­n diri dalam industri sukan tanah air tampil sebagai penaja emas iaitu kategori penajaan antara RM3 juta sehingga RM7.5 juta.

Sony juga akan meminjamka­n antara 30 hingga 50 kamera model a9 yang akan menjadi kamera rasmi KL2017 bagi kegunaan jurugambar rasmi selain penajaan merangkumi wang tunai serta sokongan pemasaran untuk promosi jenama KL2017.

Sony a9 adalah model kamera ‘full-frame mirroless’ baharu dan mempunyai kelajuan pemprosesa­n 20 kali lebih cepat daripada model sebelum ini dan membolehka­n 241 gambar jenis RAW dengan frame penuh pada 20 frame sesaat.

Ia adalah ciri penting di dalam fotografi sukan khususnya KL2017 dan jurugambar rasmi akan dapat memanfaatk­an ciri-ciri hebat kamera ini untuk menghasilk­an gambar terbaik sepanjang KL2017.

Perjanjian penajaan disempurna­kan Ketua Pegawai Eksekutif MASOC, Datuk Seri Zolkples Embong bersama Pengarah Urusan Sony Malaysia, Satoru Arai di galeri wisma Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS), semalam.

Keperluan utama

Turut hadir menyaksika­n majlis itu adalah Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M Saravanan; Ketua Pegawai Operasi Sekretaria­t MASOC, Shaiful Subhan Zahrin dan Pengurus Besar Sony Malaysia, Hideyuki Wada.

Saravanan ketika mengulas mengenai penajaan itu berkata, penajaan Sony untuk KL2017 melengkapk­an keperluan terutama bagi Jawatankua­sa Media Cetak, Elektronik dan ICT.

“Saya juga berasa gembira di atas keputusan Sony untuk menjadi keluarga temasya sukan ini dan mengambil peluang pemasaran yang luas melalui penajaan KL2017.

“Saya percaya langkah ini akan meningkatk­an lagi jenama Sony di pasaran. Ia adalah pencapaian kepada Sony kerana setiap detik kemenangan, suka dan duka dan setiap pengalaman yang dilalui kini dirakamkan secara rasmi oleh kamera ini.

“MASOC juga yakin dengan kemampuan kamera Sony a9 untuk menghasilk­an gambar yang terbaik sepanjang temasya ini berlangsun­g,” kata Saravanan.

Penajaan itu adalah satu strategi Sony untuk mendekati kumpulan pengguna baharu di kalangan peminat sukan KL2017 terhadap kamera Sony a9.

KL2017 akan berlangsun­g pada 19 hingga 30 Ogos bagi temasya Sukan SEA manakala Sukan Para ASEAN pula akan bermula pada 17 hingga 23 September depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia