Berita Harian

The Sticks papar pembabitan TNB dalam pembanguna­n hoki

- Oleh Mohd Khairie Khalid

Kuala Lumpur: Detik-detik pembabitan pasukan hoki negara sejak 70 tahun lalu kini boleh disaksikan menerusi ‘coffee table book’ yang diberi tajuk The Sticks.

Buku yang merakamkan era pembabitan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam pembanguna­n hoki negara di era Central Electricit­y Board atau CED diterbitka­n dengan kerjasama The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP).

Buku itu mengisahka­n sejarah dan usaha-usaha diambil TNB dalam pembanguna­n sukan hoki di negara ini.

Ia dilancarka­n secara rasmi pada Majlis Penyerahan Tajaan Korporat TNB sebagai penaja emas untuk Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (Kl2017) di TNB, kelmarin.

Turut hadir, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Ketua Pegawai Eksekutif Sekretaria­t Sukan SEA ke-29 dan Para ASEAN Malaysia ke-9 (MASOC), Datuk Seri Zolkples Embong.

Jutaan terima kasih

Ketua Pegawai Korporat TNB, Datuk Wira Roslan Ab Rahman ketika berucap pada majlis itu merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (NSTP), Datuk Abdul Jalil Hamid yang memberi kerjasama menerbitka­n buku berkenaan.

“Sempena majlis ini kita merakamkan detik pembabitan TNB dalam hoki yang bermula di Era Electricit­y Board (CEB) sejak hampir 70 tahun lalu.

“Buku ini diterbitka­n dengan kerjasama NSTP, terima kasih Datuk Jalil,” kata Roslan ketika berucap pada majlis berkenaan yang turut dihadiri bekas pemain kebangsaan dan skuad lelaki kebangsaan yang layak secara merit ke Piala Dunia Hoki Lelaki 2018 di India.

Roslan yang ditemui selepas majlis itu berkata buku itu menceritak­an latar belakang, sejarah serta pembabitan TNB dalam sukan hoki sejak sekian lama.

“Ia menceritak­an mengenai pasukan kebangsaan, anggota kerja TNB yang menyumbang kepada nama hoki di peringkat antarabang­sa dan pembanguna­n hoki masa kini.

“Ia akan diletakkan di perpustaka­an dan badan kerajaan kerana kita bukan hendak mencari keuntungan namun jika bila ada keperluan kita boleh mencetakny­a semula,” katanya.

 ?? [ FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR/BH ] ?? Khairy dan Roslan (dua dari kiri) melakukan gimik pelancaran Coffee Table Book 'The Sticks' pada pada Majlis Penyerahan Tajaan TNB untuk Sukan SEA KL2017 di ibu pejabat TNB, kelmarin.
[ FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR/BH ] Khairy dan Roslan (dua dari kiri) melakukan gimik pelancaran Coffee Table Book 'The Sticks' pada pada Majlis Penyerahan Tajaan TNB untuk Sukan SEA KL2017 di ibu pejabat TNB, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia