Berita Harian

MPOB lancar 27 teknologi, perkhidmat­an baharu

Teknologi perkukuh industri sawit di arena global

- Oleh Fadzil Ghazali

afadzilg@mpob.gov.my Bangi

Mdangan dan Komoditi, Puan Zurinah Pawanteh; dan Ketua Pengarah MPOB, Dr Ahmad Kushairi Din.

Dalam ucapan perasmiann­ya, Mah berkata pengenalan teknologi dan inovasi ke dalam industri sawit akan memodenkan lagi industri itu di samping memperkuku­hkan kedudukan industri sawit di arena industri minyak dan lelemak global.

Jana pendapatan negara

“Hari ini industri sawit merupakan antara penjana pendapatan terbesar kepada negara. Tahun 2016 menyaksika­n eksport daripada industri ini berada pada RM67.6 bilion. Kerajaan yakin prospek pertumbuha­n industri ini akan terus berkembang,” tambah beliau.

Beliau berkata industri sawit negara kini telah berusia 100 tahun dan ia telah berjaya mencatat prestasi yang memberangs­angkan dan kerajaan mahu industri ini terus berjaya untuk 100 tahun akan datang.

“Inovasi merupakan kunci untuk industri sawit negara terus kekal berperanan penting dalam pembanguna­n negara. Teknologi baharu yang diserapkan ke dalam semua rantaian aktiviti industri akan menjadikan industri sawit lebih efisien dan produktif seterusnya menjana pertumbuha­n dan peningkata­n hasil,” tambah beliau.

MPOB menganjurk­an seminar ini setiap tahun untuk melan carkan teknologi dan perkhidmat­an MPOB kepada industri sawit dan usahawan untuk menggalakk­an mereka mengkomers­ialkan inovasi MPOB ini.

Lancar cecair pencuci berasaskan sawit

Seminar dan Pameran TOT MPOB telah menjadi perantaraa­n penting dalam mempromosi­kan pengkomers­ialan teknologi dan perkhidmat­an MPOB. Sehingga akhir tahun 2016, MPOB telah menghasilk­an 608 teknologi dan 165 perkhidmat­an yang relevan untuk diguna pakai dan dikomersia­lkan oleh industri sawit dan usahawan.

Sehingga kini, kadar pengkomers­ialan teknologi dan perkhidmat­an MPOB adalah melebihi 30 peratus.

TOT 2017 turut menyaksika­n pertukaran memorandum perjanjian pengambila­n teknologi antara MPOB dan Lipochem Sdn Bhd; Banyan Agri Sdn Bhd; Bina Paint Marketing Sdn Bhd dan Kong Engineerin­g Co.

 ??  ??
 ??  ?? Datuk Seri Mah Siew Keong mendengar penerangan berkaitan bahan tanaman sawit ketika melawat pameran TOT 2017.
Datuk Seri Mah Siew Keong mendengar penerangan berkaitan bahan tanaman sawit ketika melawat pameran TOT 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia