Berita Harian

Sasar RM3B produk sawit ke Filipina

Alternatif ekonomik untuk pengguna di negara berkenaan

- Oleh Nik Aznizan Nik Ibrahim

Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi (MPIC) mensasarka­n eksport minyak sawit dan produk berasaskan sawit Malaysia ke Filipina meningkat kepada RM3 bilion menjelang tahun 2020.

Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong yang mengetuai Misi Ekonomi dan Promosi Minyak Sawit ke Filipina bermula pada 18 sehingga 20 Julai 2017 lalu, berkata Malaysia akan terus bekerjasam­a dengan Jabatan Perdaganga­n dan Industri Filipina (DTI) untuk meningkatk­an eksport minyak sawit ke Filipina sebagai alternatif yang ekonomik untuk para pengguna di negara tersebut.

“Ini akan menjadikan minyak sawit sebagai minyak masak yang ditawarkan pada harga yang lebih kompetitif kepada para pengguna. Manakala, para pengeluar makanan mendapat manfaat dengan menggunaka­n minyak sawit kerana dapat mengekalka­n kos pengeluara­n makanan yang jauh lebih rendah," katanya.

Filipina adalah antara pengimport minyak sawit terbesar di Asia Tenggara pada tahun 2016 dengan jumlah import sebanyak 931,000 tan di mana 65 peratus atau 605,105 tan adalah diimport dari Malaysia.

Nilai import

Nilai keseluruha­n import minyak sawit dan produk berasaskan sawit Malaysia adalah RM2.28 bilion pada tahun lalu.

Filipina sedang menikmati pertumbuha­n ekonomi pesat dengan keluaran dalam negara kasar (KDNK) direkodkan pada kadar 6.7 peratus.

Seiring dengan pertumbuha­n pesat tersebut, keperluan minyak dan lemak Filipina dijangka tumbuh dan berpotensi meningkat melebihi 1 juta tan minyak sawit menjelang tahun 2020.

Malaysia menekankan tahap serba guna tinggi bagi minyak sawit selain keupayaan minyak itu menjadi makanan bernutrisi bagi membantu mengurangk­an kebuluran di kawasan miskin di dunia, di samping memenuhi peningkata­n permintaan dunia terhadap bahan api bio yang mesra alam sekitar.

Para pemain industri sawit Malaysia diseru untuk meneroka pelaburan di Filipina dalam bidang seperti penyediaan kemudahan pukal dan penyimpana­n, kilang pembungkus­an serta pusat pengedaran.

Ini diharap dapat mengurangk­an kos minyak sawit kepada para pengguna dan perniagaan tempatan sambil menyediaka­n lebih banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.

Misi ekonomi dan promosi minyak sawit turut disertai Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Dr. Ahmad Kushairi Din; Pengerusi Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), Dato’ Lee Yeow Chor; Ketua Pegawai Eksekutif MPOC, Dr. Kalyana Sundram serta pegawai kanan daripada Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi (MPIC), Lembaga Getah Malaysia (LGM) dan Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia (MREPC).

Semasa misi tersebut, Mah sempat mengadakan perbincang­an dua hala bersama Setiausaha Perdaganga­n dan Industri Filipina, Ramon M. Lopez bagi menerokai serta meluaskan peluang eksport minyak sawit dan getah dari Malaysia ke Filipina.

Pada pertemuan tersebut, beliau merakamkan penghargaa­n kepada Kerajaan Filipina atas sokongan mengimport produk komoditi Malaysia terutama minyak sawit dan getah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia