Berita Harian

Malaysia, Filipina kerjasama teknologi tenaga hijau

- Oleh Nik Aznizan Nik Ibrahim

Manila: Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong telah mengadakan pertemuan dua hala bersama Setiausaha Tenaga Filipina, Alfonso G. Cusi sempena Misi Ekonomi dan Promosi Minyak Sawit dan Getah ke Filipina pada Julai 2017 lalu.

Tumpuan utama pertemuan adalah bagi meneroka kerjasama dalam bidang tenaga boleh diperbahar­ui terutamany­a biodiesel, bioetanol dan bio bahan api generasi kedua di antara kedua-dua buah negara.

Permintaan tinggi untuk bahan bakar yang boleh diperbahar­ui telah melonjakka­n pengeluara­n bio bahan api di seluruh dunia.

Sebagai salah sebuah negara pengeluar utama minyak sawit, Malaysia melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) telah menjalanka­n penyelidik­an dan pembanguna­n secara meluas mengenai pengeluara­n biodiesel berasaskan sawit sejak tahun 1980-an.

Filipina kini menggunaka­n B2 (campuran 2% biodiesel dan 98% diesel berasaskan petroleum) dan kini berusaha untuk meningkatk­an campuran kepada B5 (campuran 5% biodiesel dan 95% diesel berasaskan petroleum) menggunaka­n metil ester berasaskan kelapa, coco-methyl ester (CME).

Sekiranya pelaksanaa­n B5 tersebut dijadikan mandatori oleh Kerajaan Filipina, mereka memerlukan tambahan sebanyak 350 juta liter atau lebih kurang 350,000 tan CME untuk program tersebut.

“Minyak sawit Malaysia boleh menjadi alternatif kepada minyak kelapa sebagai bahan mentah untuk pengeluara­n biodiesel di Filipina,” kata Mah.

“Ini kerana minyak kelapa boleh dijual dengan harga yang lebih tinggi. Adalah munasabah untuk Filipina mengekspor­t minyak kelapa bagi mengaut pendapatan yang lebih menguntung­kan daripada menggunaka­nnya sebagai bahan mentah untuk biodiesel,” tambah Mah.

Menurut Indeks Mundi, harga minyak kelapa yang mencapai USD1,682 setan adalah 2.6 kali lebih tinggi berbanding­harga minyak sawit iaitu USD655 setan pada bulan Mei 2017.

Program biodiesel B7

Pada masa ini, Malaysia melaksanak­an Program biodiesel B7 yang mampu memanfaatk­an 350,000 tan biodiesel sawit dalam setahun.

Biodiesel sawit dihasilkan oleh pengeluar biodiesel yang berdaftar di bawah Persatuan Biodiesel Malaysia (MBA).

Terdapat 23 pengeluar biodiesel di Malaysia dengan gabungan kapasiti pengeluara­n komersial sebanyak 2,708,000 tan biodiesel sawit setahun.

Industri biodiesel di Malaysia dapat menampung program biodiesel tempatan serta memenuhi permintaan pasaran eksport di seluruh dunia.

MPOB kini menjadi satu daripada pengeluar teknologi yang berjaya untuk pengeluara­n biodiesel dengan membina kilang komersialn­ya yang pertama pada 2006. Teknologi pengeluara­n biodiesel berasaskan tempatan setanding dengan teknologi luar negara.

Semasa misi tersebut, satu sesi dialog yang dipengerus­ikan oleh Datuk Seri Mah turut diadakan bagi mendapatka­n maklum balas pihak sektor swasta di Filipina serta kumpulan ahli perniagaan Malaysia mengenai imej minyak sawit serta strategi berkesan yang boleh diadaptasi bagi mempromosi­kan penggunaan minyak sawit dalam aplikasi makanan dan bukan makanan di negara tersebut.

Di samping itu, lawatan kerja ke Yanyan Internatio­nal yang merupakan syarikat pengeluara­n makanan tempatan turut dimuatkan dalam program misi tersebut. Ia menghasilk­an makanan ringan, cip, keropok, coklat dan minuman yang berkualiti dan ditawarkan pada harga yang berpatutan kepada penduduk tempatan.

 ??  ?? Perbincang­an di antara Datuk Seri Mah Siew Keong bersama Alfonso G. Cusi. Perbincang­an turut dihadiri Ketua Pengarah MPOB, Dr. Ahmad Kushairi Din, dan pegawai kanan Kementeria­n dan Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).
Perbincang­an di antara Datuk Seri Mah Siew Keong bersama Alfonso G. Cusi. Perbincang­an turut dihadiri Ketua Pengarah MPOB, Dr. Ahmad Kushairi Din, dan pegawai kanan Kementeria­n dan Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia