Berita Harian

Santan sawit semakin dapat sambutan

- Oleh Mohd Saufi Awang

Seri Kembangan: Kejayaan MPOB mengkomers­ialkan teknologi pengeluara­n santan sawit mendapat sambutan orang ramai bagi menggantik­an penggunaan santan kelapa dalam penyediaan makanan.

Pengerusi MPOB, Datuk Seri Ahmad Hamzah, berkata penyelidik­an MPOB menghasilk­an santan sawit yang sesuai digunakan bagi penyediaan masakan seperti dodol, cendol, nasi lemak dan makanan lain yang menggunaka­n santan kelapa.

Bagi meninjau operasi penghasila­n santan sawit, Datuk Seri Ahmad mengadakan kunjungan ke Premium Food Corporatio­n (PFC) yang mengeluark­an produk santan sawit jenama Khalis.

PFC antara syarikat Bumiputera yang mengkomers­ialkan teknologi MPOB bagi pengeluara­n santan sawit.

Kilang PFC yang terletak di Kompleks Pasar Borong Selangor mempunyai kapasiti pengeluara­n santan sawit sebanyak 100 tan sebulan yang dibekalkan ke pasar raya besar di Semenanjun­g.

Beliau berkata, makanan yang disediakan mengguna santan sawit lebih enak, selain mempunyai khasiat pemakanan yang baik untuk kesihatan.

Santan sawit yang dihasilkan daripada minyak sawit berkhasiat yang mengandung­i vitamin A dan E, tanpa kolesterol dan rendah lemak.

Makanan guna santan sawit

Pelbagai makanan menggunaka­n santan sawit telah dihidangka­n ketika majlis Aidilfitri yang mendapat sambutan menggalakk­an masyarakat setempat yang menikmati keenakan makanan yang disediakan mengguna santan sawit.

Pengarah Urusan PFC, Datuk Zainal Bachik berkata, syarikatny­a akan mengembang­kan pasaran santan sawit ke luar negara termasuk Indonesia dan meneroka pasaran produk berasaskan santan ke China dalam tempoh terdekat.

PFC juga akan mengkomers­ial teknologi terbaru MPOB iaitu Santan Sawit Plus yang berkualiti tinggi dan mempunyai tempoh simpanan dalam suhu bilik selama lebih 10 bulan.

Ini memberi peluang kepada syarikat bagi meneroka pasaran tempatan termasuk Sabah dan Sarawak dan juga pasaran luar negara bagi memperluas­kan penggunaan produk santan sawit.

 ??  ?? Datuk Seri Ahmad Hamzah meninjau pengeluara­n santan sawit Premium Food Corporatio­ns di Seri Kembangan.
Datuk Seri Ahmad Hamzah meninjau pengeluara­n santan sawit Premium Food Corporatio­ns di Seri Kembangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia