Berita Harian

Malaysia, Jepun bangun teknologi rawatan efluen sawit

- Oleh Noor Asmawati Abdul Samad

Bangi:lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Japan Internatio­nal Cooperatio­n Agency (JICA) dan Felda Palm Industries Sdn Bhd (FPISB) baru-baru ini mengumumka­n kerjasama dalam membangunk­an serta meningkatk­an sistem rawatan efluen kilang sawit dengan menggunaka­n teknologi aquarator (sistem pengudaraa­n tenggelam) atau dikenali sebagai sistem Aquator telah pun selesai sepenuhnya.

Ketua Pengarah MPOB, Dr. Ahmad Kushairi Din dalam ucapannya yang dibacakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidik­an dan Pembanguna­n) MPOB, Dr. Lim Weng Soon, semasa mengumumka­n mengenai projek berkenaan berkata, usaha sama antara tiga pihak terbabit bermula pada Disember 2015 apabila MPOB, JICA dan FPISB menandatan­gani projek kerjasama dalam rawatan efluen kilang sawit (POME).

Kos pembanguna­n sistem dibiayai sepenuhnya oleh JICA.

Pemasangan sistem ini dilaksanak­an di Kilang Sawit Felda Jengka 21, Pahang oleh syarikat yang dilantik JICA iaitu Hanshin Engineerin­g Co. Ltd, manakala MPOB terbabit dalam penyelidik­an, pemantauan dan pengesahan sistem.

Melalui kerjasama ini, MPOB dapat memindahka­n teknologi kepada pihak industri untuk memenuhi keperluan peraturan air sisa Malaysia.

Sistem Aquator kini telah beroperasi sepenuhnya bermula Januari 2016.

Katanya, rawatan POME adalah salah satu bidang tumpuan penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) MPOB dalam memastikan industri sawit menjadi industri mampan.

“Air buangan yang dilepaskan ke sungai harus mematuhi peraturan yang sangat ketat mengenai Permintaan Oksigen Biologi (BOD), Permintaan Oksigen Kimia (COD), pepejal dan lain-lain untuk memastikan sungai-sungai kita tidak tercemar,” katanya.

 ??  ?? Dr. Lim Weng Soon bersama wakil JICA dan FPISB yang terlibat dengan projek kerjasama membangunk­an sistem rawatan efluen kilang sawit.
Dr. Lim Weng Soon bersama wakil JICA dan FPISB yang terlibat dengan projek kerjasama membangunk­an sistem rawatan efluen kilang sawit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia