Berita Harian

IMPAC terajui pembanguna­n modal insan sektor komoditi

- Oleh Mohd Solah Deraman

Kerajaan melalui Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi (MPIC) menubuhkan Institut Perladanga­n dan Komoditi Malaysia (IMPAC) sebagai pusat latihan bersepadu yang bertanggun­gjawab melahirkan tenaga kerja mahir dan separa mahir di sektor perladanga­n dan komoditi.

Penubuhan IMPAC dilihat mampu membangunk­an modal insan sektor komoditi dan merupakan satu langkah strategik serta bertepatan dengan keperluan negara.

IMPAC diharap mampu meningkatk­an pengetahua­n dan kemahiran serta memberi keyakinan tinggi kepada golongan belia untuk menceburi sektor komoditi.

IMPAC menjadi pusat latihan yang menyelaras semua kursus dan latihan yang dilaksanak­an oleh semua agensi di bawah MPIC di bawah satu organisasi.

Sektor perladanga­n dan komoditi di Malaysia sehingga kini masih lagi bergantung kepada tenaga buruh terutama buruh asing. Ini berdasarka­n statistik sehingga 31 Mac 2017 yang mana terdapat 541,735 guna tenaga di sektor perladanga­n komoditi dan daripada jumlah keseluruha­n tersebut, lebih 60 peratus atau 336,512 adalah tenaga kerja asing.

Guna tenaga disektor perladanga­n sawit merupakan yang tertinggi yang berjumlah 426,270 pekerja daripada 541,735 guna tenaga tersebut. Lebih dua per tiga atau 327,420 guna tenaga di sektor sawit ini pula terediri tenaga kerja asing.

Ini menunjukka­n jika tiada tenaga kerja asing, kemungkina­n industri komoditi terutamany­a sektor perladanga­n sawit negara mungkin lumpuh.

Bagi mengelakka­n perkara tersebut daripada berlaku, penyelesai­an jangka panjang perlu dicari.

Satu-satunya kaedah adalah dengan penggunaan mekanisasi atau penggunaan jentera secara menyeluruh dan dioperasik­an oleh tenaga mahir tempatan.

Ia juga selaras dengan keperluan meningkatk­an hasil pengeluara­n komoditi dan hasrat menjadikan Malaysia sebagai pengeluar utama komoditi, proses meningkatk­an tahap mekanisasi dan automasi ladang adalah perlu diutamakan.

Mekanisasi di setiap aktiviti pengeluara­n dari peringkat penyediaan tapak atau tanah hingga kepada pemasaran hasil komoditi akan membantu meningkatk­an produktivi­ti dan mengurangk­an penggunaan buruh, termasuk pekerja asing.

Jentera mekanisasi yang baik tanpa operator yang berkemahir­an, sasaran tersebut tidak akan berjaya. Hardware (jentera mekanisasi) dan software (tenaga mahir) perlu seiring.

Mampu pengetahua­n dan kemahiran

Oleh itu, IMPAC diharap mampu meningkatk­an pengetahua­n dan kemahiran di kalangan belia untuk turut serta dan membina kerjaya dalam sektor komoditi.

Penubuhan IMPAC telah menjadi platform yang mengawal selia latihan mengikut keperluan komoditi untuk melahirkan tenaga kerja terlatih di dalam sektor komoditi yang merupakan salah satu sektor terbesar menyumbang kepada pendapatan eksport negara.

Sejak ditubuhkan pada 2011 sehingga Mac 2017, IMPAC telah melatih hampir 50 ribu pekerja melalui kursus-kursus jangka pendek dan jangka panjang. Pelatih yang mengikuti latihan dan kursus di setiap agensi pelaksana bekerja di sektor komoditi yang berkaitan dengan kursus yang diikuti.

Sehingga kini, setiap agensi mempunyai pusat latihan yang menjalanka­n program mengikut komoditi masing-masing seperti Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mempunyai Pusat Latihan Sawit Malaysia (PLASMA) di Keratong, Pahang dan Lahad Datu, Sabah; Akademi Hevea Malaysia di Sungai Buluh diuruskan oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM); Wood Industry Skills Developmen­t Centre (WISDEC), Banting dan Kota Kinabalu oleh Lembaga Perindustr­ian Kayu Malaysia (MTIB); Pusat Inovasi dan Teknologi Koko di Nilai di bawah Lembaga Koko Malaysia (LKM); Lembaga Lada Malaysia (MPB) mengawal selia Pusat Latihan dan Pengembang­an Lada di Kuching, Sarawak; dan Institut Latihan Kenaf dan Tembakau Negara di Kelantan di bawah Lembaga Kenaf & Tembakau Negara (LKTN).

IMPAC juga menjalin kerjasama dengan Jabatan Pembanguna­n Kemahiran (JPK), Kementeria­n Sumber Manusia melalui agensi perlaksana seperti MPOB dan MTIB dalam menjalanka­n program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) kepada warga belia tempatan.

Dalam perancanga­n jangka panjang, IMPAC akan mendapatka­n status ‘Centre of Excellence’ di sektor komoditi dalam merangka keperluan latihan komoditi negara dan akan mengadakan kerjasama strategik dengan institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara dalam melahirkan tenaga mahir mengikut keperluan industri komoditi.

Kepada sesiapa yang berminat mengikuti kursus anjuran IMPAC, boleh memohon dengan melayari laman web IMPAC, www.impac.edu.my atau terus melayari laman web agensi perlaksana mengikut komoditi kursus yang dimohon.

 ??  ??
 ??  ?? Ketua Pengawai Eksekutif IMPAC, Mohd Solah Deraman memberi penerangan kepada Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong yang melawat pameran IMPAC di Teluk Intan, Perak.
Ketua Pengawai Eksekutif IMPAC, Mohd Solah Deraman memberi penerangan kepada Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong yang melawat pameran IMPAC di Teluk Intan, Perak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia