Berita Harian

GSAS bantu perkukuh modal insan industri sawit

- Oleh Suraya Harun

MPOB Graduate Students Assistants­hip Scheme (GSAS) diyakini berupaya membantu memperkuku­hkan industri sawit negara.

Ketua Pengarah MPOB, Dr Ahmad Kushairi Din berkata, program GSAS memberi peluang dan ruang kepada pihak industri, penyelidik dan universiti berkaitan bagi membina rangkaian dan hubungan strategik serta potensi kerjasama yang boleh dimanfaatk­an bersama pada masa hadapan.

“Program GSAS adalah selaras dengan aspirasi kerajaan ke arah memperkasa­kan modal insan di bawah Program Transforma­si Kerajaan,” katanya dalam teks ucapan perasmian Seminar MPOB GSAS ke-10 yang disampaika­n oleh Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidik­an dan Pembanguna­n) MPOB, Dr Lim Weng Soon.

Seminar ini berjaya menarik penyertaan lebih 200 peserta terdiri daripada pelajar universiti tempatan, ahli akademik serta penggiat industri.

Sebanyak sembilan kertas kerja dibentangk­an oleh graduan tajaan MPOB yang berjaya menamatkan pengajian lepasan ijazah di bawah MPOB Graduate Students Assistants­hip Scheme.

GSAS menyediaka­n biasiswa pendidikan kepada pelajar lepasan universiti untuk melanjutka­n pengajian di peringkat sarjana dan ijazah kedoktoran di universiti tempatan.

Platform bagi saintis muda berkongsi maklumat

Katanya, seminar ini adalah platform bagi saintis muda untuk berkongsi maklumat, kepakaran, idea dan teknologi di samping memperkuku­hkan jaringan dan kerjasama di antara satu sama lain khususnya dalam sektor sawit.

Sejumlah dana diperuntuk­kan di bawah GSAS sebagai satu usaha MPOB untuk melahirkan saintis pelapis yang mempunyai kepakaran di dalam bidang sains teknologi bagi memenuhi keperluan industri sawit yang semakin berkembang dan mencabar.

Di samping itu juga kewujudan saintis muda berwibawa ini diharap akan dapat membuat sebanyak mungkin penemuan baharu yang bertaraf Nobel Laureate serta menambah nilai hasil komoditi negara.

Katanya, pembanguna­n modal insan penting untuk kemajuan negara terutama bagi menyedia tenaga kerja berpengeta­huan dan berkemahir­an tinggi.

Penubuhan GSAS pada 1995 membantu menghasilk­an tenaga kerja berkemahir­an terutama dalam sektor sawit.

“Selain bantuan kewangan dan kepakaran penyelidik­an, pelajar di bawah GSAS MPOB turut mempunyai akses kepada kemudahan penyelidik­an yang paling maju yang disediakan oleh MPOB,” katanya.

Sehingga 2016, MPOB membiayai 219 pelajar pasca siswazah di bawah program GSAS. Semua pelajar yang telah menamatkan pengajian kini menyumbang dalam pelbagai sektor ekonomi negara.

 ??  ?? Peserta di kalangan pelajar universiti GSAS MPOB di Bangi baru-baru ini. yang menghadiri Seminar
Peserta di kalangan pelajar universiti GSAS MPOB di Bangi baru-baru ini. yang menghadiri Seminar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia