Berita Harian

Forum kesihatan, pemakanan sawit tingkat keyakinan pengguna China

Dihadiri lebih 130 pakar pemakanan dan pengamal kesihatan

- Oleh Yoong Jun Hao

Forum kesihatan dan pemakanan anjuran bersama Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) dan Persatuan Pemakanan Wilayah Gansu bertempat di Jinjiang Sun Hotel, Lanzhou, Wilayah Gansu, China disasar akan meningkatk­an imej sawit di wilayah berkenaan.

Penganjura­n forum yang bertujuan menyebarka­n maklumat terkini mengenai minyak sawit disasar akan dapat meningkatk­an keyakinan pengguna di China mengenai kebaikan pemakanan yang ada dalam minyak sawit.

Konsul Jeneral Malaysia di Xi’an, Tan Li Lung merasmikan Forum Kesihatan dan Pemakanan Minyak Sawit ke-7 anjuran bersama na pada awal Julai lalu.

Sejumlah 130 pakar pemakanan, pengamal kesihatan, pakar minyak dan lemak serta pegawai kesihatan Kerajaan Wilayah Gansu menghadiri forum berkenaan. Majlis turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidik­an) MPOB Dr Lim Weng Soon; Presiden Persatuan Pemakanan Gansu Prof Wang Yu; Pengarah Pemprosesa­n Makanan Lanzhou Food and Drug Administra­tion, Han Ying dan Pengarah Kesihatan Jabatan Pendidikan Lanzhou Su Junhai.

Bincang kebaikan minyak sawit

Forum ini menyedia peluang kepada pakar terbabit untuk bertukar pandangan dari segi teknikal mengenai isu pemakanan minyak sawit dan membincang­kan kebaikan minyak sawit terhadap kesihatan.

Tan Li Lung dalam ucap utamanya menyatakan Malaysia adalah negara pengekspor­t minyak sawit berkualiti tinggi serta terkenal sebagai pembekal minyak sawit reputasi tinggi di seluruh dunia.

Beliau berharap penggunaan minyak sawit di China dapat ditingkatk­an.

“Ini akan membolehka­n rakyat China mendapatka­n minyak makan yang berkhasiat dengan harga yang kompetitif bagi memenuhi keperluan terhadap makanan”, katanya.

Dr Lim Weng Soon yang membacakan ucapan Ketua Pengarah MPOB berkata, dalam program intervensi vitamin A yang dijalankan oleh Lanzhou University dan MPOB di Lanzhou berjaya mengurangk­an kejadian kekurangan Vitamin A dalam kalangan kanakkanak.

Katanya, pelbagai penyelidik­an bio perubatan yang membuktika­n minyak sawit adalah selamat dimakan dan tidak akan menjejaska­n kesihatan badan.

Sebanyak tujuh kertas kerja telah dibentangk­an semasa forum ini yang merangkumi pelbagai aspek pemakanan bagi minyak sawit Malaysia.

Forum ini telah meyakinkan para pengguna dan pakar pemakanan atas kebaikan minyak sawit di negara China.

 ??  ??
 ??  ?? Sebahagian pakar kesihatan dan pemakanan yang menghadiri forum di Lanzhou, China.
Sebahagian pakar kesihatan dan pemakanan yang menghadiri forum di Lanzhou, China.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia