Berita Harian

MPOB sertai Hari Peneroka FELDA Kebangsaan

- Oleh Muhammad Asyraf Hussin

Putrajaya: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) adalah antara 11 agensi di bawah Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi (MPIC) yang menyertai pameran sempena Hari Peneroka FELDA Peringkat Kebangsaan 2017 yang diadakan di sini, pada Julai lalu.

Hari Peneroka FELDA Peringkat Kebangsaan 2017 dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Razak.

Program ini memberi ruang dan peluang kepada peneroka dan pekebun kecil serta orang ramai bagi mendapatka­n maklumat terperinci dan tepat daripada agensi kerajaan yang menyertai program terbabit.

MPOB yang bernaung di bawah MPIC menerima jemputan khas FELDA bagi memberi pendedahan dan maklumat berkaitan sektor komoditi dan kejayaan yang berjaya dicapai oleh sektor ini.

Pada pameran berkenaan, MPOB menyalurka­n pelbagai maklumat seperti Amalan Pertanian Baik (GAP) bagi meningkatk­an produktivi­ti sawit dan teknologi yang berjaya dihasilkan oleh MPOB seperti Pemotong Sawit Bermotor Generasi Baru CANTAS.

Komited kongsi maklumat

Pembabitan MPOB dalam pameran ini jelas membuktika­n MPOB sangat komited dalam berkongsi maklumat dengan peneroka dan pekebun kecil mengenai penggunaan bahan tanaman berkualiti, pembajaan sempurna, kawalan perosak dan penyakit sawit, kaedah penuaian, kaedah pemangkasa­n sawit, penggredan buah tandan segar dan integrasi tanaman dan ternakan.

Selain itu, MPOB turut mempamerka­n produk dan hasil teknologi serta membuka kaunter jualan produk sawit (Palm Shoppe) kepada pengunjung yang melawat pameran MPOB.

Yang turut mengunjung­i pameran berkenaan ialah Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong; Pengerusi MPOB, Datuk Seri Ahmad Hamzah; dan Ketua Pengarah MPOB, Dr Ahmad Kushairi Din.

 ??  ?? Pengunjung di ruang pameran MPOB diberi penerangan mengenai khasiat minyak sawit.
Pengunjung di ruang pameran MPOB diberi penerangan mengenai khasiat minyak sawit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia