Berita Harian

Program nutrisi sawit tingkat kesedaran warga sekolah

Kementeria­n Pendidikan, 20 sekolah akan sertai program MPOB

- Oleh Siti Nurhajar Mariam Wan Jaafar

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menganjurk­an Program Kesedaran dan Kajian Nutrisi yang diadakan secara bersiri di sekolah-sekolah rendah bermula Julai lalu.

Program berkenaan bertujuan mendidik pelajar dan kalangan ibu bapa yang mempunyai persepsi negatif dengan minyak sawit dalam diet harian.

Menyedari hakikat salah anggapan berkenaan, MPOB mengambil inisiatif untuk memberi pencerahan kepada golongan ini agar mempunyai pengetahua­n dan pemahaman mantap mengenai kebaikan minyak sawit sebagai sumber lemak dalam diet seimbang selain menggalakk­an pelajar mengamalka­n gaya hidup aktif.

MPOB mengenal pasti sekolah di sekitar lingkungan 50 kilometer (km) dari Ibu Pejabat MPOB yang berpotensi untuk terbabit dengan program julung kali diadakan ini.

Lebih 20 sekolah memberi maklum balas positif untuk menyertai program berkenaan yang diadakan secara berkala mengikut kelapangan pihak sekolah dan ibu bapa terbabit.

Menerusi program yang dianjur dengan kerjasama Kementeria­n Pendidikan, pelajar dan ibu bapa di sekolah terpilih akan didedahkan dengan maklumat tepat mengenai manfaat kebaikan pemilihan minyak sawit berbanding minyak sayuran lain melalui sesi taklimat oleh pegawai penyelidik MPOB.

Seramai 50 murid Tahun Empat dan Tahun Lima dipilih bagi satu sesi di sesebuah sekolah.

Ibu bapa, pelajar ditemuduga

Ibu bapa dan pelajar yang menyertai program akan ditemuduga dengan soal selidik berkenaan rutin pengambila­n makanan dan aktiviti fizikal yang diamalkan setiap hari.

Data berkenaan akan dikumpul dan dianalisis bagi menentukan kelaziman obesiti dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan hubung kait faktor peningkata­n risiko sakit jantung dan lebihan be- rat badan.

Siri jelajah program yang membuka tirainya bermula Julai 2017 itu diadakan di dua sekolah, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Puchong dan SJKT Serdang dan menerima maklum balas positif daripada warga sekolah dan ibu bapa berkaitan kelebihan penggunaan minyak sawit.

“Selama ini saya berpandang­an minyak bunga matahari lebih baik kerana warnanya yang lebih jernih dan harga yang mahal berbanding minyak sawit, pada hari ini saya baru disedarkan oleh kebaikan minyak sawit dengan harga yang jauh lebih murah.

“Saya pasti akan bertukar kepada minyak sawit dalam masakan saya selepas ini,” kata antara ibu peserta program yang mengunjung­i pameran MPOB yang disediakan sempena program berkenaan.

Sambutan baik

Pelajar dan ibu bapa yang yang berpusu-pusu hadir seawal waktu pendaftara­n bermula jelas menunjukka­n sambutan baik terhadap program berkenaan

Selain pameran poster dan produk berasaskan sawit, turut diadakan ketika program itu berlangsun­g ialah pertanding­an mewarna dan kuiz sawit.

MPOB akan terus komited dalam menyebarka­n maklumat tepat mengenai kebaikan dan kelebihan minyak sawit menerusi pelbagai medium, termasuk mengadakan aktiviti di sekolah dan institusi pengajian tinggi.

 ??  ??
 ??  ?? Antara ibu bapa yang ditemubual pada program nutrisi di SJKT Puchong.
Antara ibu bapa yang ditemubual pada program nutrisi di SJKT Puchong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia