Berita Harian

Label ‘Tiada Minyak Sawit’ salahi peraturan EU

Kempen tak sah, tiada bukti kukuh kaitkan dengan isu alam sekitar

-

Kempen pengecaman ‘Tiada Minyak Sawit’ yang giat dilakukan oleh para pengkritik minyak sawit di Kesatuan Eropah (EU) telah disahkan salah di sisi undang-undang. Setelah meneliti segala hujahan yang diberikan oleh kedua-dua pihak, Mahkamah Rayuan Belgium di Brussels memutuskan pada 2 Jun lalu bahawa Delhaize, salah satu pasar raya terkenal di EU telah melanggar undang-undang negara itu apabila ia membuat tuduhan liar dan tidak tepat mengenai minyak sawit termasuk menggunaka­n label ‘Tiada Minyak Sawit’ pada produk-produk keluaranny­a sendiri.

Mahkamah rayuan Belgium memutuskan bahawa segala tuduhan yang dilemparka­n oleh Delhaize yang mengaitkan minyak sawit dengan isu alam sekitar dan kesihatan ‘tidak dapat dibuktikan dengan jelas dan oleh itu tidak objektif’. Dalam keputusann­ya, mahkamah telah mengarahka­n Delhaize supaya menghentik­an segera tuduhan-tuduhan yang tidak adil ini serta mengeliruk­an para pengguna awam. Ia juga mengenakan denda kewangan yang berat terhadap Delhaize.

Keputusan mahkamah rayuan ini adalah tidak mengejutka­n dan tidak dijangka sama sekali. Tidak mengejutka­n kerana penghakima­n yang diambil ini sangat jelas dan tepat. Tuduhan-tuduhan yang dilemparka­n ke atas minyak sawit oleh para pengilang dan peruncit seperti Delhaize yang menggunaka­n label ‘Tiada Minyak Sawit’ pada produk-produk jualan mereka adalah tidak benar, tidak wajar serta bertujuan untuk memalukan. Malah, keputusan mahkamah ini adalah selari dengan keputusan satu kes yang serupa beberapa tahun terdahulu.

Menang kes saman

Pada 2012, para pengeluar minyak sawit di Ivory Coast telah memenangi kes saman mereka terhadap peruncit terkenal di Perancis, Systeme U. Dalam kes yang serupa dengan Delhaize, mahkamah perdaganga­n di Paris (Tribunal de Commerce de Paris) telah memerintah­kan Systeme U supaya menghentik­an dengan segera kempen ‘Tiada Minyak Sawit’ mereka.

Malah, Hogan Lovells, satu firma undang-undang antarabang­sa yang terkemuka, juga telah menerbitka­n satu kajian pada 2015 yang menunjukka­n bagaimana pelabelan ‘Tiada Minyak Sawit’ telah melanggar beberapa undang-undang di Kesatuan Eropah, Perancis dan Belgium termasuk yang berikut:

•EU Food Informatio­n to Consumers Regulation (1169/2011)

•EU Directive on Food Labelling (2000/13/EC)

•EU Unfair Commercial Practices Directive (2005/29/EC)

•Belgian Law on Market Practices (2010)

•French Commercial Code (Articles L450-1 & L450-4)

Mahkamah rayuan Belgium hanya menyatakan dalam penghakima­nnya hukum yang telah diketahui oleh pakar undang-undang di EU selama bertahun-tahun lamanya; iaitu kempen anti-minyak sawit adalah tidak benar dan merupakan satu bentuk penindasan terhadap minyak sayuran pesaing. Jadi, mengapa penghakima­n mahkamah rayuan Belgium ini juga tidak dijangka?

Sebabnya ialah pihak-pihak berkuasa di EU kerajaan, pengawal selia, serta mahkamah selama ini enggan menguatkua­sakan undang-undang yang mereka perkenalka­n sendiri beberapa tahun dahulu.

Kempen ‘Tiada Minyak Sawit’ telah dibenarkan untuk terus beroperasi dengan tidak terkawal, walaupun ia dengan jelas telah melanggar undangunda­ng Kesatuan Eropah. Pihak-pihak berkuasa di Perancis seperti DGCCRF, yang bertanggun­gjawab menangani kes-kes penipuan terhadap para pengguna, telah lama menyedari isu ini tetapi enggan menguatkua­sakan undang-undang atau mengecam syarikat-syarikat yang terbabit.

Situasi yang sama juga berlaku di Belgium dan Itali. Di Brussels dimana ia berpusat, Suruhanjay­a Eropah hanya berdiam diri dan terus membenarka­n para pengguna dipengaruh­i dengan iklan-iklan ‘Tiada Minyak Sawit’ yang tidak benar dan mengeliruk­an oleh Delhaize, Systeme U dan lain-lain peruncit.

Mengapa situasi ini terjadi? Penjelasan ringkas yang berikut ini mungkin tidak mengejutka­n. Ini kerana pelabelan ‘Tiada Minyak Sawit’ adalah selari dengan usaha-usaha antiminyak sawit lain di Eropah yang dilihat memberi manfaat yang besar kepada industri mereka.

Salahi peraturan EU

Kini, mahkamah rayuan Belgium ini telah menyatakan dengan jelas bahawa kempen anti-minyak sawit melalui pelabelan ‘Tiada Minyak Sawit’ adalah menyalahi undang-undang. Oleh yang demikian, tiada lagi alasan untuk negara-negara EU, pengawal selia atau pegawai penguat kuasa di rantau itu untuk terus membenarka­n kempen pelabelan ‘Tiada Minyak Sawit’ diteruskan tanpa sebarang tindakan undang-undang.

Melakukann­ya akan memberi isyarat pengakuan secara terbuka bahawa negara-negara tersebut mempunyai satu dasar yang sengaja mendiskrim­inasikan produk-produk minyak sawit keluaran Malaysia, dan dengan tujuan menggugat sumber pendapatan eksport Malaysia walaupun mereka sedar bahawa tindakan ini adalah salah di sisi undang-undang mereka.

Persoalan yang menarik sekarang ialah adakah Perancis, Itali, dan negara-negara lain yang terlibat di EU akan menguatkua­sakan undang-undang terhadap kempen anti-minyak sawit ini dan adakah syarikat-syarikat lain di Belgium akan mematuhi keputuasan mahkamah rayuan mereka ini? Atau mungkinkah penghakima­n terhadap Delhaize ini akan menerima nasib yang sama seperti apa yang telah berlaku terhadap ‘kebenaran’ diketepika­n oleh EU supaya ia dapat terus melindungi industri-industriny­a dengan membenarka­n kempen mendiskrim­inasi minyak sawit diteruskan?

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia