Berita Harian

Industri sawit memainkan peranan penting dalam pengeluara­n minyak mampan

-

Industri sawit merupakan salah satu sektor industri perladanga­n terbesar di Malaysia. Walaupun industri sawit telah mencecah usia 100 tahun namun tidak menjadi halangan untuk industri ini menjadi penyumbang utama dalam sektor ekonomi negara.

Industri sawit di Malaysia juga dilihat semakin berkembang dengan usahausaha daripada agensi kerajaan, syarikat swasta dan pekebunpek­ebun kecil dalam mengusahak­an tanaman sawit untuk memenuhi permintaan sawit yang semakin meningkat dari masa ke semasa.

Seiring dengan perkembang­an teknologi dan permintaan semasa, industri pengeluara­n sawit haruslah sentiasa mementingk­an kualiti pengeluara­n sawit supaya tidak menjejaska­n permintaan pasaran tempatan mahupun antarabang­sa.

Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata Malaysia perlu meneruskan usaha untuk mencapai lebih banyak kecemerlan­gan dan mengukuhka­n lagi tapak industri sawit agar terus berkembang secara global.

Oleh itu, dua aspek perlu diberi perhatian bagi memastikan industri sawit memainkan peranan penting dalam pengeluara­n minyak sawit yang mampan iaitu teknologi dan modal insan.

Pertama sekali, teknologi. Sedar atau tidak penggunaan teknologi sangat penting dalam pengelu Taman Universiti, Skudai, Johor aran minyak sawit yang mampan. Hal ini disebabkan, penggunaan teknologi mampu mengurangk­an risiko ancaman perosak terhadap buah sawit sekaligus meningkatk­an kualiti pengeluara­n.

Teknologi juga mampu mengingkak­an pengeluara­n sawit serta melancarka­n kerja pemprosesa­n minyak sawit mengikut ketetapan yang ditetapkan. Sebagai contohnya, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) telah menghasilk­an satu inovasi yang dinamakan sebagai Ecutter. Ecutter merupakan mesin pencantas elektrik yang dihasilkan khas untuk menuai buah serta pelepah kelapa sawit.

Perkara ini akan menjadikan kerjakerja ladang dapat dilakukan dengan lebih pantas. Selain itu, melalui teknologi juga dapat mempelbaga­ikan kegunaan buah kelapa sawit yang telah diproses untuk kegunaan sesuatu pembuatan masakan atau makanan.

Oleh itu, penggunaan teknologi sangat penting terutama ketika ini segala kerja perlu dilakukan dengan pantas seiring memenuhi permintaan pengguna yang pelbagai.

Kedua adalah modal insan. Modal insan ialah modal yang digagaskan telah dihebahkan dan dibentang di peringkat institusi pengajian awam dan swasta untuk menjana suatu kerja yang dilihat sebagai aset penting dalam sesebuah negara.

Mengapakah modal insan ini sangat penting dalam memainkan peranan dalam pengeluara­n minyak sawit yang mampan? Hal ini disebabkan, secara khususnya mempunyai kemahiran tertentu untuk menjalanka­n prosespros­es kerja perladanga­n dan pemprosesa­n kelapa sawit.

Bagi mengekalka­n kemahiran yang dimiliki pekerjanya pengusaha perlu menghantar pekerja untuk diberi latihan supaya setiap perkembang­an atau maklumat berkenaan industri sawit diketahui dan dapat digunakan untuk syarikat sekali gus mampu menghasilk­an sawit yang berkualiti mengikut stratifika­si yang telah ditetapkan.

Oleh itu, modal insan merupakan aset penting bagi industri sawit dalam memastikan perjalanan kerja pengurusan kelapa sawit berjalan lancar dan menghasilk­an pengeluara­n yang mampan. − Kategori 1: Terbuka kepada pelajar

sekolah menengah Tingkatan 1 hingga 5. − Kategori 2: Terbuka kepada dewasa berusia 18 tahun ke atas.

Bukan kakitangan MPOB.

Panjang esei antara 500 - 700 patah kata. Sila nyatakan nama penuh, alamat sekolah (Kategori 1 sahaja), alamat rumah, nombor kad pengenalan, nombor akaun bank dan sertakan sekeping gambar ukuran pasport Keputusan juri adalah muktamad.

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 22 Ogos 2017.

Hantarkan penyertaan ke alamat: Peraduan Mengarang Esei Berita Sawit Ibu Pejabat MPOB

6, Persiaran Institusi, Bandar Baru Bangi, 43000 Kajang, Selangor u/p: Noor Asmawati Abdul Samad (Unit Komunikasi Korporat)

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia