Berita Harian

Minyak sawit mampan dan berkualiti pilihan pengguna

-

Pada masa kini, masyarakat dunia saban hari semakin sedar akan kepentinga­n hidup dan berusaha untuk berubah ke arah gaya hidup yang lebih sihat.

Dengan itu, pelbagai inovasi dilakukan bagi memenuhi permintaan sejagat masyarakat kini.

Ini kerana, kebanyakan makanan mengandung­i sumber yang tidak sihat seperti lemak trans yang terhasil daripada minyak separa hidrogenis yang boleh mendatangk­an kemudarata­n kepada tubuh badan.

Ini kerana lemak trans ini jika diambil secara berterusan boleh mengakibat­kan saluran arteri menjadi tersumbat seterusnya menyumbang kepada penyakit jantung.

Oleh yang demikian, dengan adanya kesedaran tentang pentingnya kesihatan, pengguna telah beralih kepada minyak sawit Malaysia yang dihasilkan secara mampan dan melalui proses pensijilan.

Ini adalah hasil usaha keras MPOB yang telah menggubal Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia atau Malaysian Sustainabl­e Palm Oil (MSPO) yang meliputi amalan kriteria dan pensijilan mampan sejagat yang bertujuan bagi meningkatk­an amalan mampan minyak sawit negara.

Sememangny­a minyak sawit mampan dan berkualiti semakin menjadi pilihan pengguna masa kini.

Hal ini dapat dilihat apabila produkprod­uk oleokimia Malaysia adalah amat dipercayai sehingga mendorong syarikat oleokimia di Amerika Syarikat dan Eropah untuk beralih kepada penggunaan bahan mentah berasaskan kelapa sawit. SMKA Al-irshad,

Kepala Batas, Pulau Pinang

Justeru, banyak syarikat Amerika lebih gemar untuk memilih minyak sawit mampan dari Malaysia yang diperakui kualitinya dan telah dipersijil­kan mampan sebagai alternatif kepada minyak lain.

Selain itu, minyak sawit Malaysia turut memenuhi kehendak syarikat luar negara. Sebagai contoh, pengeluar produk makanan Amerika adalah diwajibkan untuk memastikan produk keluaran mereka bebas daripada lemak separa hidrogenas­i.

Oleh itu, pengeluar produk makanan daripada Amerika terpaksa mencari alternatif bagi memastikan produk keluaran mereka bebas daripada kewujudan lemak separa hidrogenas­i di dalam produk makanan mereka. Oleh itu, minyak sawit mampan Malaysia telah menjadi pilihan pengeluar produk makanan terkemuka.

Di samping itu, pengguna negara ini turut sedar akan kualiti minyak sawit mampan keluaran tempatan. Pengguna kini turut beralih kepada penggunaan santan sawit sebagai alternatif bagi menggantik­an kebergantu­ngan terhadap santan kelapa.

Atas cadangan MPOB, pengguna semakin sedar akan khasiat minyak sawit Malaysia yang diakui lebih berkualiti dan berkhasiat berbanding santan kelapa. Hal ini adalah satu perkembang­an positif.

Ini berikutan permintaan santan yang tinggi terutamany­a pada musim perayaan akan dapat dikurangka­n. Justeru, penggunaan santan kelapa sawit dapat membantu mengurangk­an masalah kekurangan bekalan santan.

Selain itu, pengguna juga semakin bijak dalam memilih produk dan sumber makanan mereka. Ini kerana, mereka semakin sedar akan kepentinga­n makanan berkhasiat dan semulajadi. Hal ini seterusnya mendorong pengguna untuk bertukar kepada minyak sawit mampan.

Seterusnya, minyak sawit mampan diakui mempunyai pelbagai khasiat yang baik kepada pengguna. Atas kesedaran pengguna, mereka peka bahawa minyak sawit mempunyai khasiat yang seimbang dan bebas kolesterol.

Selain itu, ianya juga bebas lemak trans dan mengandung­i Vitamin E tekotrieno­l. Justeru, minyak sawit bertindak sebagai sumber tenaga yang sangat baik disamping bertindak sebagai antioksida­n yang membantu menghindar­i kanser dan mencegah strok.

Kesimpulan­nya, penggubala­n Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia atau Malaysian Sustainabl­e Palm Oil (MSPO) secara mandatori dapat memastikan kualiti minyak sawit Malaysia seterusnya meningkatk­an penghasila­n minyak sawit mampan dari Malaysia.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia