Berita Harian

Pilih pemimpin ada integriti, tunaikan janji

-

Seseorang pemimpin perlu amanah, berakhlak dan berbudi mulia serta dapat memberi teladan kepada rakyat dan beriltizam tinggi untuk memberi keutamaan kepada kepentinga­n rakyat ” Pada era penyebaran maklumat tanpa sempadan, pemimpin yang tidak berakhlak menjadikan fitnah sebagai fakta. Sementara fakta atau perkara yang diubah menjadi bahan fitnah yang boleh memudaratk­an ummah” Jadikan PRU akan datang sebagai agenda mencari persamaan dan lupakan sengketa politik demi kekuatan Melayu dan martabat Islam yang jitu dan unggul”

Pilihan raya umum (PRU) dijangka berlaku tidak lama lagi akan jadi medan penting kepada rakyat memilih pemimpin yang akan menjadi penentu masa depan orang Melayu, Islam dan negara. Kebijaksan­aan dan kecekapan pemimpin adalah penting untuk mengukuhka­n keharmonia­n dan kesejahter­aan rakyat yang berbilang kaum.

Rakyat perlu bijak dan menggunaka­n pertimbang­an akal yang rasional untuk memilih organisasi kepemimpin­an yang terbukti boleh menggemble­ng seluruh jentera negara untuk pembanguna­n ummah dan tanah air. Pemimpin mesti terdiri daripada mereka yang berintegri­ti dan penuh keikhlasan.

Seseorang pemimpin perlu amanah, berakhlak dan berbudi mulia serta dapat memberi teladan kepada rakyat dan beriltizam tinggi untuk memberi keutamaan kepada kepentinga­n rakyat dalam segala keputusan diambil. Selain itu, tanggungja­wab sebagai pemimpin juga perlu dilaksanak­an dengan penuh ketelusan.

Pemimpin berjiwa rakyat perlu mempunyai jati diri yang kuat serta bersedia dari segi mental dan fizikal dalam mengumpul dan memahami masalah rakyat dengan meletakkan strategi penyelesai­an berkesan kepada rakyat. Pemimpin yang ada agenda tersendiri dengan menyalahgu­nakan sistem demokrasi melalui PRU untuk mencapai agenda sendiri, keluarga atau kumpulan tertentu tidak sesuai dipilih dan mesti ditolak.

Mereka tidak memperjuan­g hak kepentinga­n rakyat, jadi mereka bukan pemimpin berjiwa rakyat. Begitu juga, mana-mana pemimpin yang berjuang demi membalas dendam politik tidak ikhlas untuk bela nasib rakyat. Pemimpin seperti ini perlu diketepika­n.

Pemimpin tidak berakhlak jadikan fitnah sebagai fakta

Kita perlu pemimpin yang mengamalka­n dan menghayati nilai moral seperti kepercayaa­n kepada pencipta-nya dan jujur dalam melaksanak­an tugas. Mereka juga mesti amanah sehingga dapat diberi tanggungja­wab dengan kepercayaa­n dan berilmu.

Mutakhir ini, rakyat berdepan pemimpin yang dilihat hanya bijak berpidato dan berhujah mengenai kepincanga­n negara daripada aspek integriti termasuk isu ketirisan dalam pengurusan negara. Pada era penyebaran maklumat tanpa sempadan, pemimpin yang tidak berakhlak menjadikan fitnah sebagai fakta. Sementara fakta atau perkara baik diubah menjadi fitnah yang boleh memudaratk­an ummah.

Jiwa dan pemikiran pemimpin serta pasukannya seperti ini menyebarka­n maklumat yang tidak ada kepastian akan kebenarann­ya. Sebagai contoh, dalam Islam untuk memastikan kebenaran, diperlukan empat saksi berwibawa untuk mengesahka­n berlaku zina agar individu dituduh tidak teraniaya. Tetapi dengan ledakan maklumat tanpa batas, pemimpin tidak berakhlak sanggup menabur pelbagai fitnah tanpa fakta sahih atau saksi beramanah hingga ada yang percaya dan terpedaya.

Kita mesti akui, rasuah merendahka­n martabat insan kepada hamba harta, kekayaan serta jawatan yang diperoleh secara haram di sisi agama. Namun demikian, ada pemimpin meminta rakyat menjauhi rasuah kerana amalan itu boleh mendatangk­an impak kepada negara.

Pada masa sama, mereka turut mengamalka­n dan seolah-olah membenarka­n rasuah terjadi. Pemimpin seperti ini ibarat ‘cakap tidak serupa bikin’ dan mesti ditolak. Perbuatan tidak bermaruah ini adalah pengkhiana­tan kepada negara kerana mengambil kesempatan atas kedudukann­ya sebagai pemimpin. Rakyat perlu tolak pemimpin tidak ikhlas dan tidak berjiwa rakyat seperti ini.

Kita perlukan pemimpin yang boleh menjadi penggerak kepada keutuhan Islam serta perpaduan orang Melayu dan bukan pemimpin yang semata-mata meletakkan perhitunga­n politik sebagai keutamaan. Kita perlu memilih pemimpin yang mempunyai keikhlasan dan ketegasan dalam mempertaha­nkan kesucian Islam.

Jika tanggung jawab terhadap urusan Islam gagal dipantau dan ditangani secara tegas, kita bimbang Islam mudah diperkotak-katikkan. Islam sudah mula dijadikan instrumen bertujuan meraih pengaruh dan mendapatka­n kuasa sehingga ke peringkat sedia berkomprom­i kepada perkara yang menyentuh akidah.

Setiap pemimpin yang dipilih mesti meletakkan agama Islam pada kedudukan tertinggi di negara ini selaras dengan Perkara 3 (1) Perlembaga­an Persekutua­n yang memperuntu­kkan ‘Islam adalah agama bagi Persekutua­n’. Kita perlukan pemimpin yang sentiasa bermuhasab­ah diri dalam setiap tindakan sebagai pemimpin yang menjaga kepentinga­n rakyat dan perpaduan ummah seperti ditekankan Islam.

Perlu sedar tujuh wasiat Raja-raja Melayu

Kita memerlukan pemimpin yang ada semangat seperti ini agar umat Islam lebih dihormati dan tidak mudah diperkotak katikkan. Jadikan PRU akan datang sebagai agenda mencari persamaan dan lupakanlah sengketa politik demi kekuatan Melayu dan martabat Islam yang jitu dan unggul. Kita sedar, kebelakang­an ini ada parti politik membuka ruang lebih luas antara satu parti dengan yang lain bagi perkara kebajikan ummah bersama dan ini harus dipupuk dan disokong sepenuhnya oleh orang Islam dan Melayu negara ini jika tujuannya murni.

Kita perlukan pemimpin yang sentiasa berusaha merapatkan saf dan bersatu serta mengetepik­an perbezaan sesama kita.

Pemimpin perlu sedar mengenai tujuh wasiat Raja-raja Melayu yang disampaika­n ketika menurunkan tandatanga­n persetujua­n pembentuka­n Perlembaga­an Persekutua­n Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957.

Antara wasiat itu termasuk Islam sebagai agama Persekutua­n. Rakyat akan lebih berkeyakin­an terhadap tampuk pemerintah­an yang berkeupaya­an untuk menguruska­n ketenteram­an, keamanan dan kesejahter­aan negara.

Pemimpin yang memegang kepada janji dan melaksanak­an tanggungja­wab dengan penuh berintegri­ti adalah tonggak utama kepada kesejahter­aan Islam, Melayu dan negara tercinta ini. Merekalah pemimpin sebenarnya yang sejati serta berjiwa rakyat. Anda mahu elak penyakit dan lebih sihat? Kurangkan gula dalam makanan yang diambil setiap hari. Bekas Personalit­i TV, Cik Puan Azrinaz Mazhar Hakim memberi pandangan itu yang dipercayai­nya cara terbaik menurunkan berat badan. Ikuti kupasan lanjut beliau mengenai usaha ke arah kehidupan lebih baik, esok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia