Berita Harian

JANGAN PERDAGANG PRINSIP ASAS PERLEMBAGA­AN UNTUK RAIH UNTUNG POLITIK JANGKA PENDEK: SULTAN NAZRIN

Perlembaga­an, prinsip asas penubuhan negara jangan diperdagan­g demi politik: Sultan Nazrin

- Oleh Zanariah Abd Mutalib, Noor Atiqah Sulaiman dan Nor Shayaumil Qhairil Eemann bhnews@bh.com.my

Perkara yang dipersetuj­ui ketika penggubala­n Perlembaga­an Merdeka, yang menyentuh prinsip asas terutama Islam dan Melayu tidak boleh diperdagan­gkan untuk tujuan meraih keuntungan politik jangka pendek.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, bertitah prinsip itu tidak boleh sama sekali dikompromi dan tidak wajar dikorbanka­n kerana kepentinga­n untuk mengutamak­an atau melindungi mana-mana pihak, organisasi atau individu.

Baginda bertitah, selepas hampir 60 tahun negara mencapai kemerdekaa­n dengan pemerintah dan pemimpin bertukar ganti, pentafsira­n Perlembaga­an dengan perspektif menghormat­i sejarah penubuhan Malaysia wajib diperingat­kan dan terus diperingat­kan kepada rakyat.

Hormati segala dipersetuj­ui

“Segala persetujua­n wajib dihormati. Walau apa sekali pun alasan, walau apa muslihatny­a, matlamat jangka pendek oleh mana-mana pihak, jangan sampai ke peringkat menggadaik­an nasib ummah hari ini dan di hari muka.

“Ummah wajib berdiri teguh, berpendiri­an tegas, tidak berundur walau setapak sekali pun,” katanya ketika bertitah pada Konvensyen Memperkuku­h Pasak Negara: Ke Arah Wasiat Lebih Tersurat di sini, semalam.

Yang turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Pengerusi Panel Perunding Perpaduan Ummah-majlis Dakwah Negara (MDN), Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman.

Sultan Nazrin bertitah, Raja sebagai pemerintah mempunyai tanggungja­wab memastikan semangat Perlembaga­an dan falsafah di sebalik setiap undang-undang yang digubal dan kepentinga­n lebih besar negara serta rakyat sentiasa dilindungi.

“Raja tidak harus tertekan dan tidak semestinya memberi perkenan jika nasihat yang disembahka­n bercanggah dengan tuntutan syarak, menyimpang daripada semangat Perlembaga­an, bertentang­an dengan keluhuran undang-undang dan melanggar prinsip keadilan sejagat sehingga memungkink­an berlakunya penindasan serta kezaliman.

“Apabila Raja dirujuk, baginda hendaklah memberi pandangan secara bebas tanpa perasaan ragu atau pilih kasih dan dalam perkara Raja perlu bertindak atas budi bicara, baginda hendaklah menyempurn­akannya dengan hikmah dan kebijaksan­aan demi membuktika­n Raja bersifat arif, adil lagi saksama,” titahnya.

Sultan Nazrin turut mengingatk­an barisan pentadbira­n untuk menyampaik­an nasihat yang betul dan maklumat tepat kepada Raja supaya sebarang keputusan dapat dirumuskan secara terbaik dan bijak.

Berkata benar, ikhlas

“Adalah penting untuk barisan yang dipertangg­ungjawabka­n menasihati Raja bersifat ikhlas, arif lagi berilmu, selain berkata benar supaya Raja tidak dibuai dalam khayalan dan diulit gurindam kepalsuan. Pihak yang memalsukan fakta dan melindungi kebenaran daripada Raja, derhaka sifatnya,” titahnya.

Sultan Nazrin turut bertitah bahawa Raja tidak harus memandang sepi peranan media dan pada masa sama, wajib menghindar­kan diri daripada terjebak atau terperangk­ap secara langsung dalam sebarang putaran media.

Kira-kira 300 peserta daripada badan kerajaan dan swasta, badan bukan kerajaan (NGO), pemimpin masyarakat serta belia menyertai konvensyen dua hari itu yang bermula semalam, anjuran Panel Perundanga­n Perpaduan Ummah- MDN.

 ?? [FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH] ?? Sultan Nazrin berkenan bergambar bersama ahli panel pada Konvensyen Memperkuku­h Pasak Negara: Ke Arah Wasiat Lebih Tersurat di Putrajaya, semalam.
[FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH] Sultan Nazrin berkenan bergambar bersama ahli panel pada Konvensyen Memperkuku­h Pasak Negara: Ke Arah Wasiat Lebih Tersurat di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia