Berita Harian

BN banyak bawa pembanguna­n untuk negara

Kerajaan ditunjangi UMNO sentiasa memperjuan­gkan kepentinga­n rakyat

- Oleh Suzianah Jiffar dan Abdul Rahemang Taiming

Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi UMNO sudah banyak membawa pembanguna­n di negara ini termasuk dalam bidang pendidikan tanpa mengira bangsa dan agama.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata apa yang dilakukan oleh kerajaan itu bagi memastikan rakyat mendapat peluang menimba ilmu sewajarnya.

“Ramai anak bangsa kita dihantar ke maktab untuk menjadi guru, diberi biasiswa sama ada untuk melanjutka­n pengajian dalam negeri atau luar negara sejak dahulu.

“Tidak cukup dengan itu, kerajaan beri buku percuma dan sediakan asrama kerana ramai anak di luar bandar tinggal jauh dari sekolah. Kerajaan juga membelanja­kan kira-kira RM1.2 bilion untuk makanan di asrama seluruh negara untuk setahun.

“Semua ini dibuat oleh kerajaan BN dan UMNO. Ini baru soal pendidikan belum lagi aspek lain, misalnya kemudahan infrastruk­tur seperti jalan raya dan bekalan air serta elektrik,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Semporna di sini, semalam.

Turut hadir Pemangku Ketua UMNO Bahagian Semporna, Datuk Nasir Sakaran.

Mahdzir berkata, ahli UMNO seharusnya berbangga menjadi ahli parti walau berada di ceruk mana sekali pun kerana UMNO adalah parti yang membawa pembanguna­n serta memperjuan­gkan kepentinga­n rakyat.

“Ini semua hanya dapat dilakukan oleh kerajaan yang bertanggun­gjawab seperti kerajaan BN dan UMNO. Oleh sebab itu, parti yang boleh menentukan masa depan anak cucu kita perlu disokong,” katanya.

Tak perlu ragu-ragu sokong BN Kota Belud,

Di Ketua UMNO Bahagian Kota Belud, Datuk Seri Salleh Said Keruak, berkata pengundi ‘atas pagar’ tidak perlu ragu-ragu untuk terus menyokong BN kerana sudah banyak kejayaan dicapai.

“Kita harus hanya ada satu ketua saja kerana parti kita (UMNO) yang ada sekarang adalah kukuh. Jangan kita berasa ragu-ragu lagi atau berada atas pagar.

“Ini kerana sudah terbukti kerajaan sedia ada membawa pelbagai pembanguna­n, malah di Sabah sendiri kerajaan BN yang ditunjangi UMNO mampu mengurangk­an kemiskinan daripada 19.7 peratus

 ??  ?? Mahadzir bersama pemimpin dan ahli UMNO selepas Bahagian Semporna, semalam. merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO
Mahadzir bersama pemimpin dan ahli UMNO selepas Bahagian Semporna, semalam. merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia