Berita Harian

Analisis, sesi latihan penentu nasib Haiqal, Nixson

-

Shah Alam: Hanya baki sesi latihan dan analisis daripada Institut Sukan Negara (ISN) bakal menjadi penentu ‘hidup mati’ Muhammad Haiqal Hanafi dan Nixson Kennedy bagi merebut slot terakhir acara 4x100 meter (m) lelaki Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Perkara itu diakui oleh jurulatih negara, Mohd Poad Md Kassim yang agak sibuk untuk memilih pelari terbaik memandangk­an keenamenam atlet disenaraik­an menampilka­n prestasi memberangs­angkan.

Kini hanya tinggal satu slot selepas raja pecut negara, Khairul Hafiz Jantan, Jonathan Nyepa dan Badrul Hisyam Abdul Manap sudah mengesahka­n tempat masing-masing.

“Pada Isnin ini (esok) kita akan memulakan latihan untuk acara 4x100m dan dari sana kita akan menilai prestasi mereka.

Rakam setiap larian

“Kita juga akan melihat analisis daripada ISN. Mereka akan rakam setiap larian yang dilakukan atlet. Kita akan nilai siapa yang layak,” kata Poad ketika mengulas mengenai siapa yang layak mengisi kedudukan pelari keempat acara 4x100m nanti.

Ketika Kejohanan Olahraga Terbuka Vietnam 2017, rangkaian Muhammad Haiqal, Badrul Hisyam, Jonathan dan Khairul Hafiz melakar rekod kebangsaan baharu dengan catatan 39.62s.

Sewaktu Kejohanan Balapan dan Padang Asia (ATF) India pula, gandingan dibarisi Nixson, Badrul Hisyam, Jonathan dan Khairul Hafiz turut tampil dengan keputusan memberangs­angkan apabila melakar kepantasan 39.98s sekali gus berjaya berlari di bawah catatan 40s seperti dimahukan Poad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia