Berita Harian

Shalin sudah tak sabar beraksi

-

Petaling Jaya: Pemain senior boling negara, Shalin Zulkifli mahu menggunaka­n kelebihan beraksi di laman sendiri untuk menghadiah­kan sebanyak mungkin pingat buat negara.

Bakal beraksi di Sukan SEA untuk kali kelapan sejak kemunculan sulung pada temasya 1993 di Singapura, Shalin berkata banyak perbezaan buat dirinya dalam penyertaan temasya kali ini dan juga Sukan SEA

Kuala Lumpur 2001.

“Memang banyak bezanya, 16 tahun lalu venue perlawanan kami adalah di Pulau Pinang.

Kami memang berlatih di sini jadi kami berasa lebih selesa di sini sekarang.

“Kami rasa bersemanga­t dan tak sabar lagi untuk menantikan bermulanya saingan” katanya yang membolot empat pingat emas ketika temasya 2001.

Tradisi kemenangan

Pemain berumur 39 tahun itu berkata fokus buat dirinya dan rakan sepasukan yang lain adalah dalam acara berpasukan kerana acara itu adalah 'tradisi' kemenangan yang sering diperoleh pemain boling negara di Sukan SEA.

“Setiap Sukan SEA memang kita menang acara pasukan dan begitu juga kali ini. Untuk diri sendiri pula saya berharap dapat menaiki podium dalam setiap acara yang saya sertai.

“Kami akan cuba untuk menunjukka­n prestasi yang baik...kami tahu banyak harapan diletakkan dan kami memang berharap dapat sebanyak mungkin pingat,” katanya.

Shalin berkata Singapura sekali lagi bakal menjadi pencabar utama buat pemain negara pada saingan kali ini yang mana menyaksika­n acara boling bakal berlangsun­g pada 20-25 Ogos ini.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia