Berita Harian

20 tahun berlalu pemergian Puteri Diana

Mendiang masih diingati sebagai ‘Puteri raja berjiwa rakyat’

- London

̌

Ramai mengingati curahan simpati selepas menerima berita kematian seorang ‘Puteri raja berjiwa rakyat.’

Jutaan penonton menyaksika­n upacara pengebumia­nnya di televisyen dan ribuan lain memberi penghormat­an di luar Istana Kensington.

Bulan ini genap 20 tahun ulang tahun kematian Puteri Diana. Jika mendiang masih hidup, bekas isteri Putera Charles itu akan berusia 56 tahun. Diana meninggal dunia pada 31 Ogos 1997 dalam satu nahas jalan raya di Paris, Perancis.

Nahas dalam terowong

Ramai tidak percaya Diana maut selepas kereta Mercedes S-280 dinaikinya terbabit dalam kemalangan di terowong Pont de l‘alma, Paris.

Ibu kepada Putera William dan Putera Harry itu cedera parah dan meninggal dunia di Hospital pitié-salpêtrièr­e. Turut maut dalam nahas sama ialah teman lelakinya Dodi Fayed dan pemandunya Henri Paul, namun pengawal peribadiny­a, Trevor ReesJones, terselamat.

Mereka ketika itu bertolak dari Ritz Hotel di Paris sekitar 12.30 tengah malam sambil diekori puluhan paparazzi, turut merakam tempat kejadian kemalangan.

Satu inkues kematianny­a dilakukan pada 2008, meru- muskan Puteri Diana dibunuh. Inkues itu mengaitkan insiden terbabit terhadap kecuaian Paul yang dikatakan memandu dalam keadaan mabuk serta mengambil pil anti-kemurungan, ditambah tindakan paparazzi memburunya menyebabka­n pemandu terbabit memecut lalu terbabas.

Upacara pengebumia­n Diana diadakan pada 6 September 1997 di Westminste­r Abbey. Ia disiarkan secara langsung di saluran BBC dengan puluhan ribu rakyat meletakkan kalungan bunga di luar Istana Kensington susulan kematianny­a.

Tugu peringatan

Mendiang disemadika­n di sebuah pulau di Althorn Estate, rumah keluarga Spencer dan dilakukan secara persendiri­an.

Ada beberapa tugu peringatan dibina bagi memperinga­ti Diana termasuk Diana Memorial Playground di taman Kensington, Princess Diana Memorial Garden di Istana Kensington (untuk ulang tahun ke-20 kematianny­a) dan Princess Diana Memorial Fountain di Hyde Park.

Puteri raja itu atau nama sebenarnya Diana Frances Spencer lahir pada 1 Julai 1961 dan mewarisi gelaran bapanya, Edward John Viscount Althorp, Earl Spencer pada 1975 sebagai Lady Diana Spencer. Ibunya adalah Frances Ruth Burke Roche.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Putera Charles (kiri) menemani Harry (tengah) dan William ketika upacara pengebumia­n Diana.
Putera Charles (kiri) menemani Harry (tengah) dan William ketika upacara pengebumia­n Diana.
 ??  ?? Diana bersama Putera Charles dan Putera William ketika saat bahagia.
Diana bersama Putera Charles dan Putera William ketika saat bahagia.
 ??  ?? Diana disemadika­n di sebuah pulau di Althorn Estate.
Diana disemadika­n di sebuah pulau di Althorn Estate.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia