Berita Harian

Tentera AS larang guna dron buatan China

-

New York: Tentera Amerika Syarikat mengarahka­n penggunaan dron buatan syarikat China, SZ DJI Technology Co Ltd, dihentikan kerana produk itu terdedah kepada ancaman siber.

Pada 2 Ogos lalu, satu memo yang disahkan Reuters dimuat naik membabitka­n semua sistem dan dron yang menggunaka­n komponen atau perisian DJI.

Ia mengarahka­n penggunaan semua aplikasi DJI dihentikan dan segala bateri, simpanan media serta peralatan keselamata­n dikeluarka­n.

Memo itu berkata, dron DJI paling meluas digunakan tentera dalam kalangan peralatan yang tidak dijual di pasaran.

DJI dalam satu kenyataan berkata, ia terkejut dan kecewa dengan larangan tentera terhadap dron keluaranny­a memandangk­an tiada perbincang­an dilakukan terlebih dulu.

Syarikat milik persendiri­an itu berkata, ia akan menghubung­i tentera untuk mendapatka­n maklumat apakah yang dikatakan sebagai ‘terdedah kepada ancaman siber’ dan sedia bekerjasam­a dengan Pentagon dalam mengatasi kebimbanga­n terbabit.

Proses daftar masuk

Sementara itu, gangguan telekomuni­kasi mencetuska­n kekacauan penerbanga­n dan perkhidmat­an kecemasan di wilayah Atlantik Kanada, selepas sebahagian kawasan meluas tiada liputan telefon mudah alih.

Kegagalan sistem dilaporkan dua syarikat pengendali telekomuni­kasi, Bell dan Telus, yang menyebabka­n ketiadaan perkhidmat­an secara meluas di Nova Scotia, Newfoundla­nd dan Labrador, New Brunswick serta Pulau Prince Edward di timur negara itu.

Perkhidmat­an tergendala itu turut memberi masalah kepada syarikat penerbanga­n Air Canada dan Westjest yang memerlukan rangkaian internet untuk proses daftar masuk penumpang hingga menyebabka­n orang ramai beratur panjang di beberapa lapangan terbang.

Di lapangan terbang Halifax di Nova Scotia, kirakira 20 penerbanga­n tertangguh atau dibatalkan manakala lebih 12 lapangan terbang lain termasuk Moncton, St John dan Charlottet­own melaporkan gangguan besar kepada perkhidmat­an masingmasi­ng.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia