Berita Harian

Conte mula rasa bahang

-

London: Antonio Conte mengakui musim ini akan menjadi paling sukar buatnya selepas kecewa dengan kegagalan Chelsea menyambar pemain yang menjadi sasaran utamanya pada jendela perpindaha­n.

Hanya tiga bulan lalu, Conte tersenyum gembira tatkala dia dijulang selaku wira selepas memacu The Blues memenangi trofi Liga Perdana Inggeris (EPL).

Tetapi detik manis itu hanya bertahan sementara sebelum dibayangi masalah mendapatka­n pemain yang meresahkan pengurus itu menjelang aksi Perisai Komuniti berdepan Arsenal di Wembley, malam ini.

Romelu Lukaku, Alex Sandro dan Leonardo Bonucci muncul antara pemain yang menolak peluang untuk bekerjasam­a dengannya sekali gus mencetuska­n rasa berang Conte.

Belanja lebih RM550 juta

Lebih buruk, pencabar utama Manchester United pula yang menyambar Lukaku ketika Manchester City membelanja­kan lebih 200 juta pound (RM1.1 bilion) untuk pemain baharu.

“Ia akan menjadi musim paling getir buat saya. Saya pasti mengenainy­a,” kata Conte. “Banyak sebab mengapa saya merasakan ia akan menjadi begitu sukar.

Ini persepsi saya. Saya harap ia tidak benar. Di England tekanannya begitu tinggi. Liga ini adalah yang terkuat di dunia.

“Anda mempunyai enam pasukan sedia bertarung untuk kejuaraan dan hanya satu yang akan menang. Anda kena berjuang hingga akhir, tetapi ia tidak semudah disangka.”

Meskipun membelanja­kan lebih 100 juta pound (RM550 juta) ke atas Alvaro Morata, Tiemoue Bakayoko dan Antonio Rudiger, Conte percaya skuadnya masih serba kekurangan.

Nemanja Matic dan John Terry sudah berhijrah, Bakayoko dan Eden Hazard akan terlepas aksi permulaan musim kerana cedera, dan tempat untuk Diego Costa pula sudah tertutup selepas Conte tidak lagi berminat menggunaka­n khidmatnya. - AFP

 ??  ?? Antonio Conte
Antonio Conte
 ?? [ FOTO AFP PHOTO ] ??
[ FOTO AFP PHOTO ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia