Berita Harian

‘MAI BASUH’ TAWAR PELUANG BELIA JADI USAHAWAN KECIL

KPMB perkenal konsep mudahkan pemilik, bantu belia jana pendapatan

- Oleh Rosman Shamsudin

Mai Basuh iaitu perkhidmat­an cuci kenderaan secara bergerak menggunaka­n motosikal yang diubah suai termasuk membawa air, mula menjadi bualan masyarakat di kawasan ini selepas ia beroperasi akhir bulan lalu.

Konsep yang diperkenal­kan Koperasi Peribumi Muallim Berhad (KPMB) itu mungkin yang pertama seumpamany­a di negara ini menggunaka­n motosikal jenis Demak Eco 110 yang diubah suai dan dilengkapi tangki serta pam air, paip getah, vakum, tempat palam pencucuh dan alat pencuci kenderaan bagi membasuh kenderaan di lokasi diminta pelanggan.

Jimat guna air

Kandungan air dalam tangki pada motosikal itu boleh mencuci sebuah kereta sedan atau dua kereta bersaiz lebih kecil seperti Perodua Kancil kerana kaedah digunakan

Ini projek pertama KPMB sejak ditubuhkan dan setakat ini, kami mempunyai empat motosikal bergerak untuk perkhidmat­an Mai Basuh iaitu dua digunakan pekerja KPMB dan dua motosikal lagi disewa ahli dengan kadar RM15 sehari” Hanafi Yahya, Pengerusi KPMB

menjimatka­n penggunaan air.

Pengerusi KPMB, Dr Hanafi Yahya, 34, berkata perkhidmat­an Mai Basuh itu hasil cetusan ideanya bertujuan menambah dana KPMB yang ditubuhkan pada Mac lalu dan kini mempunyai 70 ahli daripada golongan usahawan dan asnaf.

Sedia peluang pekerjaan

Beliau berkata, khidmat bermula jam 8 pagi hingga jam 5 petang itu bukan saja dapat membantu ahli dan golongan belia yang mahu menjadi usahawan, malah menyediaka­n peluang pekerjaan kepada penganggur.

“Ini projek pertama KPMB sejak ditubuhkan dan setakat ini, kami mempunyai empat motosikal bergerak untuk perkhidmat­an Mai Basuh iaitu dua digunakan pekerja KPMB dan dua motosikal lagi disewa ahli dengan kadar RM15 sehari.

“Bayaran RM10 dikenakan bagi khidmat cuci kereta dan RM5 bagi motosikal, perkhidmat­an ini boleh dilakukan di mana saja lokasi mengikut kehendak pelanggan,” katanya kepada BH, di sini.

Hanafi berkata, idea berkenaan memudahkan pemilik kenderaan yang sibuk dengan tugas seharian mendapatka­n khidmat cuci kenderaan termasuk di rumah masing-masing.

Beliau berkata, mereka yang berminat menambah pendapatan dan mencari pekerjaan boleh membeli motosikal lengkap dengan peralatan daripada KPMB.

Katanya, latihan juga boleh diberikan kepada mereka terbabit itu sebelum memulakan khidmat berkenaan.

“Ahli koperasi terutama golongan asnaf perlu mengambil peluang ini untuk menambah pendapatan kerana kadar sewa dikenakan memang murah berbanding pendapatan yang mereka bakal peroleh.

“Kami juga berharap masyarakat setempat memberi sokongan dalam usaha pihak koperasi melahirkan lebih ramai usahawan terutama dalam kalangan belia di daerah Muallim ini,” katanya.

 ??  ??
 ?? [FOTO ROSMAN SHAMSUDIN/BH] ?? Hanafi (kanan) dan Syahidan Norddin bersama motosikal jenis Demak Eco 110 yang digunakan untuk perkhidmat­an Mai Basuh. Peralatan untuk membasuh kenderaan perkhidmat­an Mai Basuh. yang digunakan untuk
[FOTO ROSMAN SHAMSUDIN/BH] Hanafi (kanan) dan Syahidan Norddin bersama motosikal jenis Demak Eco 110 yang digunakan untuk perkhidmat­an Mai Basuh. Peralatan untuk membasuh kenderaan perkhidmat­an Mai Basuh. yang digunakan untuk

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia