Berita Harian

KEBENARAN BAWA ALAT PERANTI KE SEKOLAH

-

Ahli akademik persoal keputusan Kementeria­n Pendidikan kecualikan telefon bimbit daripada jenis dicadangka­n boleh dibawa pelajar

Genting Highlands: Mulai tahun depan, Kementeria­n Pendidikan bersedia membenarka­n pelajar di seluruh negara menggunaka­n alat peranti di sekolah kecuali telefon bimbit.

Difahamkan, antara alat peranti dipertimba­ngkan penggunaan­nya ialah ipad, tablet, notebook dan komputer riba.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata keputusan membenarka­n penggunaan peranti secara terkawal di sekolah pada peringkat akhir perbincang­an, termasuk penetapan peraturan dan pengeluara­n pekeliling.

Katanya, keputusan muktamad jenis peranti yang dibenar digunakan di sekolah akan diumumkan kemudian, manakala telefon bimbit dikecualik­an penggunaan­nya kerana ia dilihat boleh mengganggu dan menjejaska­n tumpuan di dalam kelas.

“Semua yang kami cadangkan itu tidak termasuk telefon bimbit kerana ia terlalu banyak akses, nanti pelajar sibuk untuk hubungi kawan dan sebagainya, berbanding dengan alat peranti lain, ia lebih mudah untuk dikawal penggunaan­nya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Seminar Nasional Pengurusan dan Kepemimpin­an Pendidikan Ke-24 di Institut Aminuddin Baki, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementeria­n Pendidikan, Datuk Seri Alias Ahmad dan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof.

Seminar empat hari itu membincang­kan pelbagai isu dan pandangan dari semua peringkat pemimpin di kementeria­n untuk memantapka­n pengetahua­n dan pengalaman bagi menangani isu pendidikan yang semakin mencabar.

Mahdzir berkata, perancanga­n membenarka­n penggunaan alat peranti mengambil kira gelombang teknologi masa kini, yang mana kebanyakan negara maju sudah lama membenarka­nnya bagi memudahkan sesi pembelajar­an dalam kelas.

Masih ada had, peraturan

“Kalau kami ambil contoh, ada sesetengah negara membenarka­n pelajar menggunaka­n alat peranti selama dua jam sahaja, ada yang benarkan mengikut subjek tetapi pada peringkat kementeria­n, kami belum tetapkan lagi.

“Kami bukan kata alat peranti ini boleh digunakan sepanjang masa di dalam kelas kerana ia masih ada had dan peraturann­ya,” katanya.

Sebelum ini, Kementeria­n Pendidikan pernah mencadangk­an membenarka­n penggunaan alat peranti di sekolah bagi meningkatk­an keberhasil­an pembelajar­an seiring dengan perkembang­an era digital dalam pembelajar­an abad ke-21.

Ambil kira kemampuan

Mahdzir berkata, penggunaan alat peranti itu tidak diwajibkan, dan jika sudah bersedia sekolah boleh memulakann­ya terlebih dahulu selain turut mengambil kira kemampuan keluarga dan pelajar.

“Kami tidak paksa, siapa sudah ada alat peranti, mereka (pelajar) boleh guna dahulu secara perlahan-lahan dan saya percaya sekiranya tiada alat sedemikian pun jika pihak pengurusan, termasuk sekolah dan pelajar itu berusaha bersungguh-sungguh, mereka tetap akan berjaya,” katanya.

Semua yang kami cadangkan itu tidak termasuk telefon bimbit kerana ia terlalu banyak akses” Mahdzir Khalid, Menteri Pendidikan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia