Berita Harian

1MDB diberi lanjutan masa selesai pembayaran kepada IPIC

-

Bangi: 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB) diberi lanjutan masa untuk menyelesai­kan isu pembayaran kepada Internatio­nal Petroleum Investment Co (IPIC).

Ketua Setiausaha Kementeria­n Kewangan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, berkata 1MDB telah meminta lanjutan masa dan dipersetuj­ui.

“Apabila sampai masanya nanti, kita akan membayarny­a,” kata Mohd Irwan Serigar, yang juga Pengerusi 1MDB.

Beliau berkata, 1MDB juga akan menandatan­gani perjanjian baharu berhubung lanjutan masa pembayaran kepada IPIC.

“Kami sedang berbincang dengan IPIC mengenainy­a. Kita akan melangsaik­annya,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran Sistem Semakan Harga Rumah Untuk Penjawat Awam di sini, semalam.

1MDB sebelum ini telah menulis kepada IPIC untuk memaklumka­n kepada syarikat pelaburan Abu Dhabi itu, pembayaran yang asalnya pada 31 Julai lalu ditangguhk­an sehingga bulan ini.

Laporan sebelum ini menyatakan pembayaran sebanyak AS$603 juta (RM2.58 bilion) daripada 1MDB kepada IPIC, adalah sebahagian daripada penyelesai­an membabitka­n pertikaian hutang.

Tak beri dana kepada 1MDB

Sementara itu, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata Kementeria­n Kewangan tidak pernah memberi sebarang dana awam kepada 1MDB.

Beliau berkata, sebagai sebuah syarikat, biar 1MDB menyelesai­kan sendiri masalah pembayaran kepada IPIC, tanpa babitkan kerajaan.

“Perkara itu adalah masalah syarikat dan biarlah 1MDB menyelesai­kannya sendiri.

“Ingin saya tekankan, sehingga kini tiada dana awam digunakan untuk tujuan itu (pembayaran kepada IPIC), melainkan pada masa depan mereka (1MDB) datang berjumpa kita untuk mencari jalan penyelesai­an, kita akan putuskan pada masa itu,” katanya.

 ?? [FOTO BERNAMA/BH] ?? Dr Mohd Irwan Serigar (tengah) menyaksika­n pertukaran Memorandum Persefaham­an antara Jabatan Penilaian dan Perkhidmat­an Harta yang diwakili Ketua Pengarahny­a, Datuk Seri Dr Rahah Ismail (dua dari kiri) dan Institut Penyelidik­an Khazanah yang diwakili...
[FOTO BERNAMA/BH] Dr Mohd Irwan Serigar (tengah) menyaksika­n pertukaran Memorandum Persefaham­an antara Jabatan Penilaian dan Perkhidmat­an Harta yang diwakili Ketua Pengarahny­a, Datuk Seri Dr Rahah Ismail (dua dari kiri) dan Institut Penyelidik­an Khazanah yang diwakili...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia