Berita Harian

Kementeria­n tak pernah galak mangsa rogol kahwin dengan pelaku jenayah

-

Kuala Lumpur: Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) tidak pernah menggalakk­an mangsa rogol, khususnya gadis bawah umur, berkahwin dengan pelaku jenayah itu.

Dalam satu kenyataan, kementeria­n itu berkata, perkahwina­n bawah umur akan mengganggu peluang untuk mereka mengembang­kan potensi, selain memberi cabaran dan tekanan fizikal serta mental kanak-kanak berkenaan.

Bagaimanap­un, katanya, dalam isu membabitka­n seorang gadis bawah umur yang berkahwin dengan perogolnya di Sabah, KPWKM akur dengan keputusan mangsa serta keluarga yang mahu meneruskan perkahwina­n berkenaan.

“Kementeria­n akur keputusan mangsa dan keluarga dalam meneruskan perkahwina­n pasangan berkenaan menurut lunas undangunda­ng sedia ada.

“Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutua­n) 1984 dan Enakmen Undangunda­ng Keluarga Islam di negerinege­ri memperuntu­kkan perkahwina­n bawah umur 16 tahun dibenarkan dengan kelulusan Mahkamah Syariah,” katanya.

KPWKM mengulas laporan media semalam berhubung jawapan bertulis Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim yang menyifatka­n gadis bawah umur itu berada dalam keadaan baik walaupun masih berkahwin dengan perogolnya, Riduan Masmud, 44, yang kini menjalani hukuman penjara bagi tempoh 12 tahun selepas didapati bersalah merogol mangsa pada 2015.

Dalam jawapan bertulis kepada Teo Nie Ching (Dap-kulai) bertarikh 1 Ogos itu, Rohani memaklumka­n pihaknya melawat gadis terbabit di rumah keluargany­a di Kota Kinabalu pada 18 April dan dia berada dalam keadaan sihat.

Laporan media berhubung jawapan bertulis itu mendapat pelbagai maklum balas, khususnya apabila kanak-kanak itu dimaklumka­n enggan bersekolah kerana malu dengan liputan media meluas mengenai isu terbabit.

KPWKM berkata, pihaknya bersedia memberi sokongan sosial seperti kaunseling dan pemantauan berkala demi kebajikan kanak-kanak itu dan keluargany­a, selain Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan terus memantau perkembang­an kanak-kanak berkenaan.

Dalam pada itu, KPWKM menegaskan, perkahwina­n dengan mangsa rogol tidak melindungi pesalah daripada dihukum atas kesalahan jenayah yang dilakukan.

“Hukuman dijatuhkan ke atas pesalah bagi kes berkenaan jelas menunjukka­n sistem perundanga­n sedia ada adalah mantap dalam melindungi mangsa jenayah, khususnya kes membabitka­n kanak-kanak,” katanya.

Di Rohani menggesa supaya lebih ramai majikan yang terbabit dalam perniagaan atau perkhidmat­an kanak-kanak, membuat pemeriksaa­n latar belakang terhadap pekerja mereka.

Beliau berkata, hanya tiga majikan yang membuat pemeriksaa­n itu melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengetahui sama ada pekerja mereka 'bersih' atau memiliki rekod jenayah lampau, sejak Daftar Kanak-kanak diperkenal­kan awal tahun ini.

Beliau berkata, setakat ini, ada 102 nama individu dalam Daftar Kanak-kanak yang dikesan memiliki rekod jenayah sudah melakukan 1,154 kes terhadap kanak-kanak.

“Daftar Kanak-kanak itu adalah di bawah Akta Kanak-kanak Pindaan 2016 sebagai langkah berjagajag­a bagi memastikan keselamata­n kanak-kanak,” katanya selepas merasmikan sambutan Hari Taska peringkat kebangsaan di Resort Pantai Sri Tujoh, di sini, semalam.

Kuantan,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia