Berita Harian

Pindaan Akta 164 gugur Fasal 88A dibentang

Langkah bagi elak bercanggah dengan Perlembaga­an Persekutua­n

- Oleh Rohaniza Idris, Ahmad Suhael Adnan dan Azzman Abdul Jamal

Kerajaan membentang­kan Rang Undang-undang Membaharui Undang-undang (Perkahwina­n Dan Perceraian)(pindaan) 2017 (Akta 164) di Dewan Rakyat, semalam dalam usaha menyelesai­kan isu berbangkit apabila salah seorang daripada satu perkahwina­n memeluk Islam.

RUU itu bagi menggantik­an RUU yang sama dibentangk­an pada November tahun lalu, dengan menggugurk­an pindaan Fasal 88A bagi mengelak berlaku percanggah­an dalam mana-mana peruntukan Perlembaga­an Persekutua­n.

Fasal 88A menyebut mengenai penukaran status agama anak hanya boleh dilakukan selepas mencapai usia 18 tahun dan perlu mendapat persetujua­n kedua-dua ibu bapa. RUU itu dibentangk­an bagi bacaan kali pertama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau turut memaklumka­n bahawa bacaan kedua dan ketiga RUU itu akan dibuat pada sesi mesyuarat Dewan Rakyat kali ini juga.

Azalina dalam satu kenyataan berkata, kerajaan berpendiri­an bahawa pindaan RUU itu selaras dengan Perlembaga­an Persekutua­n dan keputusan kes di Mahkamah Persekutua­n dan Mahkamah Rayuan sebelum ini.

Katanya, keputusan itu juga dibuat bagi memastikan tiada manamana pihak mencabar kesahan undang-undang berkenaan di bawah Fasal (1) Perkara 4 Perlembaga­an Persekutua­n.

Kerajaan pandang serius

“Kerajaan serius dalam membuat pindaan terhadap undang-undang ini demi menjaga keharmonia­n rakyat yang berbilang kaum dan agama di negara ini.

“Di samping memastikan tuntutan seperti hak jagaan dan nafkah anak sehingga peringkat pendidikan tertinggi adalah terpelihar­a dan terjamin,” katanya.

RUU ini bertujuan untuk memberikan hak kepada suami atau isteri yang memeluk agama Islam untuk memfailkan petisyen perceraian membubarka­n perkahwina­n sivilnya di bawah subseksyen 51(1) Akta 164.

Pada masa ini, undang-undang tidak memberi kepada suami atau isteri yang memeluk agama Islam hak untuk memfailkan petisyen perceraian di mahkamah sivil di bawah Akta 164 memandangk­an hak untuk membubarka­n perkahwina­n hanya diberikan kepada suami atau isteri yang tidak memeluk agama Islam.

Oleh yang demikian, selagi suami atau isteri yang tidak memeluk agama Islam tidak memfailkan petisyen perceraian di mahkamah sivil, perkahwina­n sivil suami isteri itu masih dianggap sah dan berterusan di bawah Akta 164.

Pada April lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumka­n RUU itu yang dikenali sebagai Rang Undang-undang Membaharui Undang-undang (Perkahwina­n Dan Perceraian)(pindaan) 2016 ditangguhk­an bagi bacaa7n kali kedua di Dewan Rakyat bagi membolehka­n kerajaan meneliti semula cadangan pindaan dalam RUU berkenaan.

Puaskan hati semua pihak

Katanya, kerajaan mahu memastikan pindaan itu tidak bercanggah dengan fatwa dan Perlembaga­an Persekutua­n, selain dapat memuaskan hati semua pihak.

Sebelum itu Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, menggesa kerajaan menangguhk­an pembentang­an RUU itu kerana ada pindaan yang bertentang­an dengan Perlembaga­an dan hukum syarak serta dianggap memperleke­h dan menghina Islam.

Sementara itu, Ahli Parlimen Ipoh Barat dari DAP, M Kula Segaran menghantar notis kepada Setiausaha Dewan Rakyat untuk meminta kerajaan memasukkan semula Seksyen 88A dalam RUU itu.

Notis usul tambahan itu adalah mengikut Peraturan Mesyuarat 57(2) untuk beliau membangkit­kan perkara itu ketika RUU berkenaan dibacakan kali kedua serta dibahaskan di Dewan Rakyat pada sesi kali ini.

 ??  ??
 ??  ?? Keratan BH semalam.
Keratan BH semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia