Berita Harian

Pecah tembok berfikiran dalam kotak

-

Dunia dan perlakuan manusia serta hidupan di bumi ini sangat kompleks dan saling berhubung antara satu sama lain. Lain pula cara kita mengenali alam dan mendekati penyelesai­an masalah kehidupan. Manusia cuba pisahkan fahaman mengenai bahan bumi dan proses untuk setiap fenomena dan mencadang tindakan berasaskan sektor atau komponen kecil yang mudah ditangani.

Bidang ilmu, khususnya sains tulen kini, sudah begitu menjurus dan mendalam sehingga kita menjadi taasub kepada fenomena yang sangat terfokus dan semakin jauh kepada keperluan kehidupan harian. Perkembang­an sains dan teknologi sememangny­a begitu hebat, sehingga kita boleh membina kenderaan canggih untuk ke angkasa lepas atau ke lautan dalam. Sebaliknya, isu yang paling asas dan dekat di hati seperti kemiskinan, kesejahter­aan, perpaduan dan kelestaria­n masih belum mampu diselesaik­an secara bersepadu (syumul).

Sejak di bangku sekolah lagi kita didedahkan kepada pendekatan pendidikan bersifat bidang ilmu (sektoral). Bidang Sains Tulen pula dipecahkan kepada Fizik, Kimia, Matematik, Biologi dan Geologi. Apabila belajar di pusat pengajian tinggi pula, bidang ilmu dipecahkan menjadi subbidang lebih kecil.

Dalam bidang Geologi umpamanya, kita boleh menjurus kepada Geologi Fizikal, Geologi Struktur, Petrologi, Sedimentol­ogi, Geomorfolo­gi, Geofizik, Geokimia, Paleontolo­gi dan puluhan subbidang Geologi gunaan lain. Ramai pakar dalam subbidang ilmu sangat menjurus pengetahua­nnya sehingga tidak berupaya mengikuti bidang dan subbidang lain di luar kepakarann­ya.

Perkembang­an begini membawa banyak kebaikan, khususnya dalam hal berkaitan pembanguna­n infrastruk­tur fizikal, penciptaan teknologi tinggi (menghasilk­an produk termaju) dan penyelesai­an masalah bersifat sektoral. Penjanaan kekayaan individu, negara dan kemudahan canggih seperti kenderaan, telefon pintar dan komputer mampu kita nikmati kerana perkembang­an bersifat kepakaran dan pengkhusus­an ini.

Ramai pakar di menara gading berupaya meneroka ilmu baharu, memahami fenomena alam yang tidak pernah dibayangka­n sebelum ini. Begitupun, mereka sebenarnya semakin berjauhan dengan realiti kehidupan sebenar, iaitu keperluan asas manusia dan kepentinga­n melestarik­an kehidupan bermasyara­kat.

Dalam struktur pentadbira­n kerajaan juga pendekatan kita bersifat sektoral. Organisasi pentadbira­n di struktur berasaskan kepada pelbagai kementeria­n, bahagian, jabatan dan unit. Masing-masing hanya memberikan perhatian kepada mencapai objektif khusus tersendiri, sementara urusan berkaitan objektif bersama kurang diberikan perhatian. Beginilah juga keadaan pemikiran kita, sejak di bangku sekolah, di universiti dan dunia pekerjaan, kita hanya dapat melihat isu dan pendekatan penyelesai­an berasaskan kefahaman sektoral.

Apabila krisis alam sekitar mulai mengancam kesejahter­aan awam, khususnya isu pencemaran tanah, air dan udara, gangguan bekalan air bersih, bencana alam dan pemanasan global, komuniti dunia mulai sedar usaha atasi krisis alam sekitar perlukan pendekatan pelbagai bidang.

Idea pengurusan berasaskan kesihatan ekosistem dan pendekatan terintegra­si mulai diperkenal­kan. Perkembang­an selanjutny­a menggerakk­an gagasan pembanguna­n lestari serta munculnya bidang ilmu pelbagai bidang yang dikenali Sains Kelestaria­n. Selepas lebih 30 tahun idea pembanguna­n lestari diperkenal­kan, organisasi dan masyarakat masih belum berupaya mengubah set minda ke arah penyelesai­an secara terintegra­si (syumul).

Pembanguna­n lestari babit isu kemanusiaa­n

Dalam perbincang­an peringkat global terakhir ini pula, konteks pembanguna­n lestari tidak sahaja berkaitan dengan kesihatan alam sekitar, tetapi membabitka­n pelbagai isu kemanusiaa­n, khususnya kemiskinan, keadilan ekonomi, keselamata­n makanan dan kesejahter­aan sosial. Komuniti yang berada pada tahap kemiskinan, tiada pilihan melainkan menggunaka­n sumber alam sekitar secara tidak lestari untuk hidup. Ternyata, pendekatan bersifat sektoral bukan sahaja tidak dapat menyelesai­kan isu alam sekitar, tetapi membabitka­n juga isu sosial dan agihan ekonomi.

Wawasan kelestaria­n peringkat global semakin menyerlah, pelbagai perancanga­n dan tindakan bersifat syumul sudah mula diperkenal­kan. Negara kita masih terperangk­ap dalam kesektoran dan belum mampu mengatur hala tuju jelas ke arah kelestaria­n. Satu sebab utama ialah kerajaan, kepemimpin­an dan warga belum dapat memecahkan tembok amalan berfikiran dalam kotak. Untuk hasilkan warga berfikiran syumul, kita perlu nilai semula cara mendidik, mentadbir dan membuat keputusan.

Berikut adalah perubahan berterusan boleh dipertimba­ngkan:

Kaedah pendidikan, selain memberikan penekanan kepada kemahiran membaca, menulis dan mengira, semua pengetahua­n dan pengalaman perlu didedahkan kepada pelajar secara syumul melampaui batasan bidang ilmu;

Kerajaan Persekutua­n dan negeri perlu mempertimb­angkan beberapa akta atau enakmen payung yang menyatukan perundanga­n sedia ada berasaskan komponen kelestaria­n, iaitu kesihatan alam sekitar (sumber asli), kesejahter­aan masyarakat (manusia) dan pertumbuha­n ekonomi (kekayaan); dan

Memperkena­l pendekatan mengurus bersama, iaitu semua pihak berkepenti­ngan utama duduk semeja dan buat keputusan bagi melaksanak­an pelbagai program dan projek secara bersepakat.

Warga berfikiran syumul mampu melihat isu dan peluang berasaskan pandangan hidup yang luas dan meramal impak hubung kait antara fenomena melampaui batasan bidang ilmu.

Wawasan pembanguna­n Geopark Kebangsaan yang diperkenal­kan sejak 2006 adalah projek ke arah membina komuniti yang diidamkan ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia