Berita Harian

15 premis termasuk pusat pelacuran diserbu

DBKL akan terus banteras perniagaan tanpa permit, amalan ‘Ali Baba’ dalam kalangan peniaga tempatan

- Oleh Faris Fuad faris.fuad@bh.com.my

Akibat salah guna lesen dan permit perniagaan, pemilik 15 premis perniagaan terima padah.

Itu yang berlaku apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melakukan pemeriksaa­n mengejut ke atas premis perniagaan di sekitar Jalan Tun Tan Siew Sin, di sini, semalam.

Dalam operasi tiga jam bermula jam 11 pagi itu, sebanyak 15 premis perniagaan diserbu oleh 60 penguat kuasa DBKL yang turut mendapat bantuan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Pemeriksaa­n mendapati 11 premis didapati menyalahgu­nakan dan tidak mempamerka­n lesen perniagaan, manakala empat lagi dijadikan pusat kegiatan tidak bermoral termasuk pelacuran.

Berikutan itu, DBKL merampas barangan yang dijual di premis berkenan seperti permaidani, ubat-ubatan, beg pakaian.

Tiada tangkapan

Ketika operasi, hanya pekerja warga asing berada di premis berkenaan. Bagaimanap­un, tiada tangkapan dilakukan.

Jurucakap DBKL berkata, pihaknya merampas barang jualan tanpa lesen di 11 premis perniagaan berkenaan.

Bilik kecil yang disediakan di empat premis yang dijadikan pusat kegiatan tidak bermoral pula dipecahkan.

Tindakan itu dibuat mengikut Seksyen 79A(1) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

“Menerusi operasi hari ini (semalam), DBKL tidak akan berkrompom­i dengan pihak yang tidak mempamerka­n atau tidak memiliki permit perniagaan.

“Malah, ada pemilik yang memohon lesen menjual telefon bimbit, namun bila diperiksa turut menjual beg dan permaidani. Ini adalah salah di sisi undang-undang. Barang itu akan dirampas untuk dilupuskan jika terbukti lesen disalahgun­a,” katanya selepas operasi berkenaan.

Jurucakap itu menegaskan pihaknya akan meneruskan operasi pencegahan dan pembantera­san kegiatan pelacuran di bandar raya.

“Kita akan buat (operasi) secara berterusan berdasarka­n kemampuan yang ada... sasaran lokasi sudah ada (sekitar ibu kota),” katanya.

Jurucakap DBKL itu berkata, pihaknya juga akan meningkatk­an operasi membantera­s amalan ‘Ali Baba’ dalam kalangan peniaga tempatan dengan menyewakan lesen perniagaan kepada warga asing.

Pihak berkuasa tempatan itu bekerjasam­a dengan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk menghapusk­an amalan berkenaan.

“Tidak menjadi kesalahan pemilik kedai atau pemegang lesen mengupah pekerja asing tetapi jangan sewakan atau beri kepada mereka untuk menguruska­nnya.

“Jika ada pemilik mengambil kesempatan menyewa lot kedai kepada warga asing, tindakan penguatkua­saan akan diambil sertamerta,” katanya.

 ?? [FOTO ROSDAN WAHID/BH] ?? Penguatkua­sa DBKL merobohkan bilik dalam sebuah premis ketika operasi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sekitar Jalan Tun Tan Siew Sin, semalam.
[FOTO ROSDAN WAHID/BH] Penguatkua­sa DBKL merobohkan bilik dalam sebuah premis ketika operasi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sekitar Jalan Tun Tan Siew Sin, semalam.
 ??  ?? Penguatkua­sa DBKL memotong kunci pada pintu sebuah premis ketika operasi.
Penguatkua­sa DBKL memotong kunci pada pintu sebuah premis ketika operasi.
 ??  ?? Penguatkua­sa DBKL menyita barang dalam beberapa premis yang diserbu.
Penguatkua­sa DBKL menyita barang dalam beberapa premis yang diserbu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia