Berita Harian

Buru kumpulan Ateis habis-habisan

Tindakan hapus ideologi bertentang­an Perlembaga­an perlu secara berhemah elak kekecohan

-

Laporan Rohaniza Idris, Ahmad Suhael Adnan, Azzman Abdul Jamal bhnews@bh.com.my Kuala Lumpur

Pihak berkuasa digesa memburu kumpulan Ateis di negara ini habishabis­an, susulan dakwaan kewujudan Kelab Atheist Republic Kuala Lumpur yang viral di media sosial baru-baru ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, berkata gesaan itu kerana ideologi Ateis adalah bertentang­an dengan Perlembaga­an Persekutua­n, selain undang-undang berkaitan agama Islam di semua negeri.

Bagaimanap­un, katanya, usaha memburu kumpulan Ateis ini perlu dilaksanak­an secara berhemah supaya tidak berlaku kekecohan yang boleh menimbulka­n rasa simpati kepada mereka, selain mempopular­kan ideologi yang menolak kewujudan tuhan itu.

Langgar Perlembaga­an

“Semua (kerajaan) negeri juga harus memburu mereka kerana negara ini adalah negara yang beragama, sama ada Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan sebagainya. Tak ada yang tidak beragama.

“Dalam Perlembaga­an juga menyebut Islam sebagai Agama Persekutua­n dan agama lain dibenarkan diamalkan dengan aman dan damai. Tidak sebut pun Ateis. Mereka melanggar Perlembaga­an.

“Saya cadangkan buru habishabis­an, manakala media perlu tolong kami untuk mengenal pasti mereka ini,” katanya ketika ditemui di Parlimen di sini, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas kewujudan akaun media sosial kumpulan Ateis di laman sosial Facebook. Ateis merujuk kepada individu yang yang tidak percaya kewujudan tuhan serta tidak mempunyai pegangan agama.

Shahidan berkata, disamping memburu mereka, pihak berkuasa, khususnya Majlis Agama Islam negeri perlu memperbetu­lkan akidah mereka jika membabitka­n orang Islam.

Katanya, beliau percaya kebanyakan individu menjadi Ateis kerana kekurangan ilmu agama, sekali gus mudah terpesong dengan pemikiran baharu.

“Di akhirat nanti, kita akan disoal adakah sudah bagi penjelasan sewajarnya kepada mereka. Jadi mufti dan kerajaan negeri perlu beri perhatian walaupun mereka ini jumlahnya sedikit,” katanya.

Semua (kerajaan) negeri juga harus memburu mereka kerana negara ini adalah negara yang beragama, sama ada Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan sebagainya. Tak ada yang tidak beragama” Shahidan Kassim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia