Berita Harian

#Bolehbinca­ng bantu 284,210 peminjam PTPTN bayar hutang

-

#Bolehbinca­ng yang dilaksanak­an Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sejak Mac lalu, berjaya membantu 284,210 peminjam yang disenarai hitam menyelesai­kan keseluruha­n pinjaman mereka.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata melalui program itu juga ramai peminjam yang mula berhubung dengan PTPTN untuk berbincang mengenai pinjaman mereka.

Katanya, PTPTN mengambil beberapa pendekatan baharu dan penambahba­ikan berkaitan cara pembayaran serta penyelesai­an senarai hitam.

“Ini termasuk membuka kaunter di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur ( KLIA) yang beroperasi 24 jam,” katanya menjawab soalan tambahan Teo Kok Seong (Dap-rasah) pada Sesi Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, semalam.

Kok Seong mahu mengetahui keberkesan­an pembukaan kaunter PTPTN di KLIA serta usaha penambahba­ikan melalui Program #Bolehbinca­ng.

Pendekatan fleksibel

Idris berkata, penambahba­ikan sistem dan pemudah cara pembayaran balik pinjaman menyebabka­n ramai peminjam mula berbincang dan selesaikan hutang mereka.

Katanya, pendekatan yang fleksibel itu menjadi budaya yang positif kepada peminjam PTPTN.

“Tahun lalu, PTPTN mengutip RM3 bilion melepasi sasaran RM2 bilion. Memandangk­an rakyat mula faham dengan cara PTPTN mengutip hutang, kita sasarkan untuk mengutip RM4 bilion tahun ini,” katanya.

Terdahulu menjawab soalan asal Dr Noor Azmi Ghazali (Bnbagan Serai) mengenai isu peminjam yang belum dibenarkan membuat penggabung­an pinjaman yang diambil ketika diploma dan ijazah, katanya penggabung­an pinjaman sudah dibenarkan melalui dua fasa iaitu mulai April dan 1 Ogos lalu.

“Fasa pertama mulai 6 April lalu dilaksanak­an yang mana pinjaman baharu diluluskan bagi mereka yang telah ada pinjaman terdahulu, manakala fasa kedua mulai 1 Ogos dengan penggabung­an pinjaman secara automatik,” katanya.

“Oleh itu, mereka (peminjam) tiada masalah lagi dengan institusi kewangan, Jabatan Imigresen atau pun dikenakan sebarang tindakan undang-undang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia