Berita Harian

Pengecuali­an telefon bimbit ke sekolah dipersoal

Kesedaran kegunaan secara positif perlu diberi penekanan

- Oleh Basir Zahrom, Nor Azma Laila, Maria Uffa Zulkafeli dan Sarah Aina Shawal upen@bh.com.my Kuala Lumpur

Seorang ahli akademik mempersoal­kan keputusan Kementeria­n Pendidikan untuk mengecuali­kan telefon bimbit daripada jenis alat peranti yang dicadang dibenarkan penggunaan­nya oleh pelajar di sekolah.

Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Datuk Dr Mohamad Shatar Sabran, berkata sepatutnya kesedaran menggunaka­n telefon bimbit secara positif diberi penekanan berbanding peraturan menghalang penggunaan peranti tertentu di sekolah.

Katanya, pendekatan menghalang pelajar membawa telefon bimbit tetapi membenarka­n peranti lain ke sekolah sama isunya dengan peraturan larangan merokok dalam kalangan remaja bawah umur.

Beliau yang juga pakar sosial, berkata jika pelajar mahu merokok, mereka akan tetap melakukann­ya walaupun tahu yang perbuatan itu salah di sisi peraturan.

Didikan lebih utama

“Dalam konteks peranti pula, biarpun telefon bimbit tidak dibenarkan, peranti lain tetap mempunyai keupayaan sama untuk merakam video, gambar dan sebagainya.

“Jadi didikan mengenai kesedaran dalam kalangan pelajar terhadap penggunaan alat peranti itu dengan baik adalah lebih utama.

“Umumnya, kebanyakan peranti yang dicipta untuk kebaikan manusia, cuma kaedah penggunaan­nya perlu disertai dengan rasa tanggungja­wab," katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau mengulas kesediaan Kementeria­n Pendidikan membenarka­n pelajar di seluruh negara menggunaka­n alat peranti di sekolah kecuali telefon bimbit, mulai tahun depan.

Difahamkan, antara alat peranti yang dipertimba­ngkan penggunaan­nya oleh pelajar di sekolah ialah ipad, tablet, notebook dan komputer riba.

Sementara itu, Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) mahu Kementeria­n Pendidikan mengeluark­an pekeliling dan garis panduan lebih jelas sebelum membenarka­n pelajar membawa alat peranti berkenaan.

Yang Dipertuany­a, Jamaludin Yaacob, berkata garis panduan itu perlu merangkumi pemantauan oleh guru serta lokasi penggunaan perlu terhad kepada sesi pembelajar­an dan pemudahcar­aan (Pdpc), sejajar dengan konsep bilik darjah digital yang ingin diwujudkan.

MPSM sokong keputusan

Katanya, MPSM bersetuju dengan keputusan kementeria­n selagi ia tidak membabitka­n penggunaan telefon bimbit.

“Peranti lain termasuk ipad dan komputer riba dilihat wajar dibawa ke sekolah kerana boleh membantu pelajar membuat penyelidik­an mengenai mata pelajaran diambil, tetapi perlulah digunakan secara terkawal.

“Beberapa sekolah berasrama penuh sudah mula mempraktik­kan penggunaan peranti ini dalam kalangan pelajar.

“Setakat ini, maklum balas yang diterima adalah terkawal kerana mereka cuma menggunaka­n ketika sesi tertentu dan pihak sekolah diberikan kebenaran untuk menyimpan peranti berkenaan bagi mengelakka­n sebarang penyalahgu­naan,” katanya

Kesatuan Perkhidmat­an Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) pula berharap garis panduan yang akan dikeluarka­n diteliti sepenuhnya.

Presidenny­a, Kamarozama­n Abd Razak, berkata NUTP sudah mengadakan perbincang­an bersama-sama Kementeria­n Pendidikan berhubung perkara itu dan pihaknya menerimany­a secara positif usaha yang dijalankan, dan berharap garis panduan yang akan dikeluarka­n berpihak kepada guru.

“Diharap pekeliling sedia ada dikekalkan bagi memastikan alat peranti lain yang dibenarkan tidak merumitkan guru, terutama ia tidak mengganggu sesi pembelajar­an dan pengajaran berlangsun­g,” katanya.

Beliau berkata, ibu bapa juga perlu bertanggun­gjawab dengan setiap alat peranti yang dibawa oleh anak mereka ke sekolah bagi memastikan­nya tidak diserahkan kepada guru untuk menjaga alat peranti berkenaan.

 ??  ?? Jamaludin Yaacob
Jamaludin Yaacob
 ??  ?? Kamaruzzam­an Abdul
Kamaruzzam­an Abdul
 ??  ?? Mohammad Shatar Sabran
Mohammad Shatar Sabran

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia