Berita Harian

PCG komited lahirkan modal insan cemerlang

Program perkasa komuniti dalam pendidikan, bantu murid kurang berkemampu­an

- Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin khairul.anam@bh.com.my

PETRONAS Chemicals Group Berhad (PCG) terus komited melaksanak­an pelbagai inisiatif pendidikan menerusi program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) bagi membantu murid kurang bernasib baik di kawasan operasi mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS Chemical Ethylene Sdn Bhd dan PETRONAS Chemicals Polyethyle­ne Sdn Bhd, Rosfinah Ab Kadir, berkata program itu adalah kepentinga­n entiti perniagaan dalam pemerkasaa­n komuniti melalui bidang pendidikan yang menjadi tunjang perniagaan syarikat sejak sekian lama.

Beliau berkata, Program Sentuhan Kasih ‘Kembali ke Sekolah’ yang memasuki tahun ketujuh itu adalah inisiatif PCG dengan matlamat memperbaik­i keupayaan murid khususnya dalam menguasai subjek Sains dan Matematik, selain diharap meningkatk­an teknik mengajar dalam kalangan pendidik.

“Kami bangga dapat berkongsi kejayaan dengan komuniti sekitar, malah pelbagai program berimpak tinggi sudah dijalankan bagi memperkasa masyarakat setempat seperti program Sentuhan Kasih yang dilaksana ini.

Perkasa sektor pendidikan

“Harapan kami program seumpama ini dapat memberi cetusan motivasi dan memanfaatk­an murid serta modal insan negara pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Sentuhan Kasih ‘Kembali Ke Sekolah’, Bengkel Kecemerlan­gan Sains dan Matematik serta Sumbangan Beg Sekolah yang diadakan di PETRONAS Chemical Ethylene dan Polyethyle­ne Sdn Bhd, di sini, baru-baru ini.

Yang turut hadir ialah Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Pengurusan Kurikulum (Sains dan Matematik) Dungun, Azhan Abd Rahim; Pengurus Besar PETRONAS Wilayah Pantai Timur, Wan M Hasnan Abdullah dan Pengarang Pendidikan BH, Fadzlena Jafar.

Sementara itu, Azhan berkata, sokongan badan korporat seperti PCG menganjurk­an program CSR amat dialu-alukan bagi memperkasa sektor pendidikan ke tahap terbaik.

“Menerusi kerjasama pelbagai pihak ini, saya yakin usaha untuk mengembang­kan potensi individu dapat dilakukan secara menyeluruh, seterusnya memastikan matlamat mewujudkan insan seimbang dari segi intelek seiring aspirasi Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) 20132025 dapat dicapai,” katanya.

 ?? [FOTO SHAMSUDIN HUSIN/BH] ?? Azhan menyampaik­an sijil dan beg sekolah kepada pelajar sambil disaksikan Rosfinah (kiri), dan Wan M Hasnan pada Program Sentuhan Kasih ‘Kembali ke Sekolah’ di Kertih, baru-baru ini.
[FOTO SHAMSUDIN HUSIN/BH] Azhan menyampaik­an sijil dan beg sekolah kepada pelajar sambil disaksikan Rosfinah (kiri), dan Wan M Hasnan pada Program Sentuhan Kasih ‘Kembali ke Sekolah’ di Kertih, baru-baru ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia