Berita Harian

Tiada laporan gesa siasat aset Ahmad Zahid, Tun M

SPRM boleh jalankan siasatan jika ada asas kukuh harta dimiliki secara tidak sah

- Oleh Irwan Shafrizan Ismail irwansha@bh.com.my

Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menerima sebarang laporan mana-mana pihak menggesa agensi itu menyiasat dakwaan pemilikan aset Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki, berkata pihaknya tidak boleh menjalanka­n siasatan berkaitan sesuatu kes rasuah sekiranya tiada pihak membuat laporan rasmi berhubung sebarang dakwaan.

Pastikan pemilikan harta

“Mana-mana pihak yang menggesa SPRM jalankan siasatan terhadap mana-mana pihak, kami kena pastikan bahawa adakah pemilikan harta itu melalui unsur rasuah atau tidak.

“Banyak dakwaan orang hidup mewah, tapi penting untuk SPRM lihat sama ada ia berunsur rasuah atau tidak.

“Jadi, kalau SPRM nak menuduh seseorang itu punyai harta banyak, belum tentu ia punca daripada rasuah.

Mesti ada asas unsur rasuah

“Kalau SPRM nak menyiasat sesiapa pun, ia mesti ada asas unsur rasuah dan salah guna kuasa, baharu kami boleh guna bidang kuasa kami untuk siasat,” katanya ketika ditemui selepas majlis menandatan­gani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Jabatan Imigresen Malaysia, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita sama ada SPRM akan menyiasat dakwaan Dr Mahathir berhubung pemilikan aset RM230 juta oleh Ahmad Zahid ketika memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO sekitar 1990.

Sedia disiasat

Ahad lalu, Ahmad Zahid berkata, beliau bersedia disiasat SPRM berhubung dakwaan beliau memiliki aset RM230 juta ketika memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO.

Katanya, beliau dengan terbuka hati sedia untuk disiasat demi memperbetu­lkan persepsi serta pembohonga­n dan pada masa sama, turut meminta SPRM menyiasat aset Dr Mahathir dan keluarga.

Kalau kita nak menyiasat sesiapa pun, ia mesti ada asas unsur rasuah dan salah guna kuasa, baru kami boleh guna bidang kuasa kami untuk siasat” Azam Baki, Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) SPRM

 ??  ??
 ??  ?? Keratan akhbar BH Ahad 6 Ogos lalu.
Keratan akhbar BH Ahad 6 Ogos lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia