Berita Harian

SPR tidak pernah tolak pendaftara­n simbol parti politik

-

Putrajaya: Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) tidak pernah tolak permohonan mana-mana parti politik bagi pendaftara­n simbol atau logo untuk digunakan dalam pilihan raya sekiranya sudah diluluskan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah, berkata SPR adalah sebuah badan bebas yang berkecuali dan dakwaan bahawa mustahil untuk SPR meluluskan penggunaan logo rasmi Pakatan Harapan dalam pilihan raya walaupun logo itu diluluskan ROS, adalah tidak berasas.

Katanya, dakwaan bahawa pendaftara­n logo tidak mungkin diluluskan oleh SPR adalah kenyataan yang bersifat pramatang dan tidak bertanggun­gjawab.

Dakwaan berniat serong

“SPR berpandang­an dakwaan itu juga tidak berasas dan berniat serong untuk menimbulka­n persepsi negatif terhadap SPR serta mengeliruk­an rakyat, sedangkan buat masa ini tiada sebarang permohonan berkaitann­ya dibuat kepada SPR.

“SPR difahamkan bahawa status pendaftara­n gabungan parti serta simbol parti berkenaan masih belum diluluskan oleh ROS.

“Justeru, selepas permohonan pendaftara­n simbol parti berkenaan diluluskan oleh ROS dan sekiranya dirujuk kepada SPR, tindakan selanjutny­a mengikut undang-undang akan dibuat oleh SPR,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Kelmarin, seorang pemimpin kanan sebuah parti politik di Terengganu mendakwa bahawa mustahil untuk SPR meluluskan penggunaan logo rasmi Pakatan Harapan dalam pilihan raya walaupun logo atau simbol dan parti itu diluluskan ROS.

 ??  ?? Mohd Hashim Abdullah
Mohd Hashim Abdullah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia