Berita Harian

Jangkitan kes difteria lebih rendah

-

Kuala Lumpur: Sebanyak 18 kes difteria dilaporkan di seluruh negara sejak awal tahun ini hingga Sabtu lalu, dengan tiga kematian walaupun pesakit sudah diberikan rawatan antitoksin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah kes yang dilaporkan dalam tempoh 31 minggu itu lebih rendah berbanding tempoh sama tahun lalu yang membabitka­n 23 kes dengan lima kematian.

Seorang daripada tiga mangsa yang meninggal dunia tahun ini adalah kanak-kanak bukan warga negara di Sabah.

Mangsa yang tidak mendapat imunisasi difteria yang lengkap mengikut umurnya, mula mengalami demam, batuk, sakit tekak dan muntah sejak 18 Julai lalu.

“Hospital Duchess of Kent, Sandakan yang merawat mangsa pada 21 Julai lalu mendapati ada selaput putih di tekak dan ujian kultur kali kedua ke atas swab tekak ke atas kes ini mendapati positif bakteria Corynebact­erium diphtheria.

“Mangsa yang diberikan 10 vial antitoksin difteria sebagai rawatan awal, termasuk antibiotik meninggal dunia pada 26 Julai,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beri imunisasi difteria lengkap

Berikut kes itu, Pusat Kesihatan Daerah Sandakan membuka bilik gerakan bagi memantau dan menyelaras aktiviti pencegahan dan kawalan yang dilaksanak­an.

Dr Noor Hisham berkata, imunisasi difteria yang lengkap mampu mencegah jangkitan bakteria itu dan jika dijangkiti setelah mendapat pelalian lengkap, gejala yang dialami adalah ringan dan tiada komplikasi serius.

“Ibu bapa dan masyarakat perlu memastikan semua anak diberikan imunisasi lengkap. Imunisasi difteria terkandung dalam vaksin lima serangkai yang diberikan kepada kanak-kanak pada umur dua, tiga, lima dan 18 bulan.

“Dos tambahan selanjutny­a diberi pada umur tujuh tahun ketika mereka di sekolah. Imunisasi vaksin lima serangkai boleh diperoleh di hospital kerajaan dan swasta. Ibu bapa juga disarankan untuk membawa anak mereka segera mendapatka­n rawatan awal sekiranya tidak sihat,” katanya.

Kes jangkitan terpencil Pasir Gudang, Johor,

Di kematian seorang pekerja asing di Singapura akibat penyakit difteria dianggap kes terpencil dan warga Johor tidak perlu panik kerana ia terkawal.

Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor, Datuk Ayub Rahmat, berkata kes itu berlaku dalam tempoh 25 tahun dan membabitka­n pekerja asing, bukan warga Singapura.

“Kita mempunyai sistem suntikan imunisasi kebangsaan dengan bayi diberikan suntikan imunisasi sehingga berusia setahun termasuk bagi mengelak penyakit seperti ini. Kita yakin kes ini terkawal,” katanya selepas merasmikan Produksi Kesenian Pentaksira­n Tingkatan Tiga (PT3) Sekolah Seni Malaysia Johor, di sini semalam.

Beliau mengulas langkah Johor bagi menyekat penularan wabak difteria susulan kematian seorang warga Bangladesh yang bekerja di tapak pembinaan di Singapura, Jumaat lalu. Ketua Pengarah Kesihatan

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia