Berita Harian

Datuk Seri, Datuk dalang ‘Bookcoins’

Polis Selangor tahan dua individu dipercayai punca kerugian RM2.1J kepada mangsa

- Oleh Ruwaida Md Zain bhnews@bh.com.my

Polis Selangor menahan dua individu bergelar Datuk Seri dan Datuk, dipercayai dalang skim pelaburan yang mengakibat­kan kerugian RM2.1 juta kepada mangsa.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor, berkata suspek berusia antara 40 hingga 45 tahun ditahan jam 11 pagi Jumaat lalu di rumah mewah masing-masing di kawasan Desa Park City, Kuala Lumpur.

Katanya, suspek ditahan susulan laporan polis awal Ogos lalu oleh empat individu yang mendakwa menjadi mangsa apabila tidak menerima sebarang pulangan daripada pelaburan berkenaan.

“Mangsa diperdaya menyertai skim cepat kaya yang dikenali sebagai ‘Bookcoins’ yang aktif sejak pertengaha­n 2016, dijanjikan keuntungan satu peratus setiap hari atau sehingga 30 peratus sebulan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Nilai rampasan RM1.05 juta

Beliau berkata, pelabur ditawarkan tiga pakej pelaburan, iaitu pakej Dolar Amerika Syarikat (AS$) 10,000 (Pakej Emas), AS$1,000 (Pakej Perak) dan AS$100 (Pakej Gangsa).

Dalam serbuan ke kediaman kedua-dua suspek, katanya, polis turut merampas wang tunai bernilai keseluruha­n RM1.06 juta, membabitka­n mata wang Malaysia, AS, Singapura, Taiwan, Korea Selatan, Eropah dan Jepun.

“Yang turut dirampas adalah pelbagai barangan, antaranya 17 jam dan 35 beg tangan pelbagai jenama, dua telefon bimbit dan satu komputer riba jenama Apple, sebuah kereta Porsche Macan dan sebuah Toyota Vellfire.

“Selain itu, 16 keping jongkong perak, 26 buku cek pelbagai akaun bank dan satu mesin ATM ‘Bookcoins’. Nilai keseluruha­n barang yang dirampas dianggarka­n RM1.05 juta,” katanya.

Dengan penahanan dua ahli perniagaan itu, beliau berkata, polis yakin berjaya menyelesai­kan empat kes penipuan pelaburan ‘Bookcoins’ di sekitar Lembah Klang.

“Siasatan awal mendapati 200 individu menyertai skim ini di sekitar Lembah Klang dan polis percaya mangsa juga ahli perniagaan. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Polis juga, katanya, masih meneruskan siasatan.

 ?? [FOTO SHAZREEN ZAMZURI/BH] ?? Mazlan (empat dari kanan) menunjukka­n sebahagian barang kes skim pelaburan yang dirampas bernilai RM2.1 juta pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Selangor, Shah Alam, semalam.
[FOTO SHAZREEN ZAMZURI/BH] Mazlan (empat dari kanan) menunjukka­n sebahagian barang kes skim pelaburan yang dirampas bernilai RM2.1 juta pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Selangor, Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia