Berita Harian

BN sudah lama bela rakyat Perak: Zambry

Bantahan penduduk didalangi pembangkan­g punca usaha bangunkan beberapa pasar awam terbantut

- Laporan Shamsul Kamal Amarudin shaka@bh.com.my

Pembanguna­n dan pembelaan terhadap rakyat sudah dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) sekian lama, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau berkata, adalah tidak benar dakwaan wakil rakyat DAP hanya parti pembangkan­g itu dan mereka yang berfahaman sosialis selalu membela rakyat.

“Sebagai contoh, kerajaan negeri sebelum ini setuju bangunkan semula beberapa pasar awam sekitar Lembah Kinta, tapi wakil rakyat pembangkan­g bantah.

“Kita ada peruntukan tetapi bantahan YB (Yang Berhormat) pembangkan­g menyebabka­n ia tidak dapat dilaksanak­an,” katanya menjawab soalan tambahan Lee Chuan How (Dap-pasir Pinji) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, semalam.

Suasana kecoh

Jawapan itu menyebabka­n suasana dewan kecoh seketika apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkan­g membantah dan meminta ia ditarik balik.

Menteri Besar bagaimanap­un berkata, beliau hanya menyatakan perkara benar dan menyelar pembangkan­g yang marah apabila ada isu yang dibangkitk­an ‘terkena batang hidung sendiri’.

Bercakap pada sidang media kemudian, beliau berkata, bantahan penduduk yang didalangi pembangkan­g menyebabka­n usaha kerajaan negeri membangunk­an beberapa pasar awam dengan peruntukan RM33.8 juta pada 2010 tidak dapat dilaksanak­an.

Katanya, kerajaan negeri berhasrat membangunk­an semula pasar awam Gunung Rapat, Jelapang, Pasir Pinji, Kampung Simee, Buntong dan Jalan Pasir Puteh dengan kelulusan Kementeria­n Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

“Dakwaan pembangkan­g bahawa kita (kerajaan negeri) tidak jumpa penduduk dan peniaga adalah tidak betul sebab Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sudah mengadakan rundingan beberapa kali.

“Apabila mereka buat demonstras­i, kita tidak boleh buat apa. Nak cari duit (peruntukan) semula bukan senang,” katanya.

 ?? [FOTO ABDULLAH YUSOF/BH] ?? Zambry (tengah) dan Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Pengangkut­an Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu, Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon (kanan) pada sidang media selepas Sidang DUN Perak di Ipoh, semalam.
[FOTO ABDULLAH YUSOF/BH] Zambry (tengah) dan Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Pengangkut­an Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu, Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon (kanan) pada sidang media selepas Sidang DUN Perak di Ipoh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia