Berita Harian

JPS diarah dalamkan muara Sungai Dungun

-

Kuala Terengganu: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) diarah melakukan segera kajian termasuk kos untuk pembinaan benteng pemecah ombak serta kerja mendalamka­n muara sungai di Kuala Dungun.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata projek itu keutamaan kementeria­nnya walaupun kerajaan negeri serta Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani belum memohon secara rasmi.

Arah kajian dilakukan

“Saya sudah arahkan kajian dilakukan segera termasuk peruntukan untuk pembinaan benteng pemecah ombak di muara Sungai Dungun.

“Walaupun projek pembinaan benteng pemecah ombak akan ambil masa lama kerana perlu kajian terperinci, tindakan jangka pendek bagi mengatasi masalah muara cetek boleh diambil.

“Masalah ini menyukarka­n nelayan keluar masuk boleh diatasi dengan mengorek pasir untuk mendalamka­n muara,” katanya ketika ditemui selepas lawatan kerja dua hari di Taman Laut Pulau Redang, semalam.

Sebelum ini, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman meminta Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani segera mendalamka­n muara sungai itu selepas empat nelayan hilang apabila bot dinaiki terbalik, Khamis lalu.

Dalam reaksinya, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dilaporkan berkata, cadangan itu akan dipanjangk­an kepada Kementeria­n Sumber Asli dan Alam Sekitar.

 ?? [FOTO GHAZALI KORI/BH] ?? Wan Junaidi (tengah) bersama isteri, Datin Seri Fiona Wan Junaidi (dua kiri) meletakkan replika karang di Pusat Taman Laut Pulau Redang, Terengganu.
[FOTO GHAZALI KORI/BH] Wan Junaidi (tengah) bersama isteri, Datin Seri Fiona Wan Junaidi (dua kiri) meletakkan replika karang di Pusat Taman Laut Pulau Redang, Terengganu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia