Berita Harian

Wanita dijadikan umpan rasuah

Taktik kotor perlu dibanteras elak berleluasa dalam masyarakat

- Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof dan Nor Hatina Shuib bhnita@bha.com.my Kuala Lumpur

Perempuan seksi dan cantik antara sogokan yang terus digunakan oleh pihak tertentu sebagai salah satu bentuk rasuah bagi mendapatka­n tender atau kelulusan projek dengan mudah.

Taktik pemberi rasuah ini menjadikan wanita sebagai umpan dalam melancarka­n urusan kelulusan projek atau tender oleh agensi atau badan korporat dilihat sebagai manipulasi yang menjatuhka­n maruah wanita.

Presiden Persatuan Wanita Inspirasi Negara (WIN), Norhimah Aziz, berkata kes seperti itu wujud dan perlu ditangani sebaik mungkin supaya wanita tidak terus dipergunak­an secara rela atau tidak rela.

Katanya, sejajar dengan peredaran zaman, pemberi rasuah seperti majikan biasanya dalam kalangan lelaki memperguna­kan kecantikan wanita sebagai senjata dan melemahkan penerima rasuah menerusi pujuk rayu.

“Dahulu wang dijadikan umpan untuk merasuah, tetapi kini sudah ada kes yang saya dengar wanita dijadikan umpan untuk mendapatka­n projek.

“Ada wanita yang datang dengan berpakaian seksi, skirt pendek. Awal-awal lagi sudah didedahkan dengan ‘rasuah mata.’

“Saya menasihati wanita sendiri yang ingin mendapatka­n projek atau wanita dipergunak­an oleh majikan atau orang tertentu menghentik­an helah sebegini yang dianggap taktik kotor bagi mendapatka­n projek atau geran,” katanya mengulas mengenai Rasuah - Cabaran Bagi Wanita menerusi program Bicara BH, anjuran BH di Balai Berita, kelmarin.

Tetamu Bicara BH ialah Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad manakala Pengarang Bersekutu (Ehwal Semasa) BH, Kadir Dikoh selaku moderator.

Inovasi rasuah zaman moden

Norhimah berkata, rasuah yang menggunaka­n wanita perlu dibanteras segera supaya ia tidak menjadi budaya dan barah yang berleluasa dalam masyarakat.

Pelbagai pihak seharus menjadi mata dan telinga kepada SPRM dan membuat laporan kepada agensi terbabit untuk memastikan negara bebas daripada rasuah dalam apa sahaja bentuk.

Katanya, trend rasuah hari ini sudah banyak berubah kerana pemberi rasuah kreatif berselindu­ng di sebalik niat untuk melakukan rasuah.

Selain itu, wanita berstatus pembuat keputusan biasanya cenderung dirasuah dengan tawaran percutian, barangan mewah seperti tas tangan berjenama, majlis keraian mahupun sogokan lain bukan berupa wang bagi menutup tujuan asal mereka.

“Perasuah ini semakin kreatif berselindu­ng daripada matlamat asal. Mereka faham fitrah wanita yang lebih konkrit dalam membuat keputusan, tetapi cuba melemahkan wanita dengan sogokan bukan berupa wang tetapi secara halus,” katanya.

Bagaimanap­un, tidak dinafikan rasuah juga wujud dalam kalangan wanita yang mencari jalan pintas mendapatka­n kedudukan kerjaya.

“Apabila merasakan diri tidak memiliki sifat dominan seperti lelaki, segelintir wanita sanggup merasuah untuk kedudukan bagi membuktika­n mereka juga boleh duduk sama tinggi dengan lelaki,” katanya.

Norhimah berkata, jumlah wanita terbabit dalam rasuah jauh lebih rendah daripada lelaki iaitu kira-kira 10 peratus dan seharusnya golongan itu bebas daripada perlakuan berdasarka­n pada personalit­i mereka.

“Sifat wanita pemalu, mengikut peraturan, enggan berkomprom­i selain berintegri­ti dalam menjalanka­n tugas dan lebih kuat pendiriann­ya,” katanya.

Justeru, banyak cara dilakukan untuk mengumpan wanita untuk menerima rasuah.

“Cuma saya bimbang dengan inovasi dan taktik pemberian rasuah yang menyogok wanita dengan perkara yang diminati mereka mudah terjebak.

“Ekoran itu, saya nasihatkan wanita memahami definisi rasuah yang terdiri daripada pelbagai bentuk dan bukan pemberian wang semata-mata.

“Perkara ini perlu jelas supaya mereka tahu bagaimana mengelakka­n diri daripada menjadi penerima rasuah,” katanya.

Dekati SPRM jika diugut

Pada masa sama, wanita juga perlu membuang sifat takut untuk melaporkan sebarang ugutan atau paksaan menerima rasuah.

“Jika sebagai pekerja mereka dijadikan umpan mendapatka­n tender, jangan takut untuk melaporkan. Sama juga jika dirasuah kerana memiliki kuasa melepaskan tender atau pun didesak suami, ia perlu diadukan kepada pihak berwajib.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) mesra pelanggan dan melakukan perkara sama.

“Ini supaya wanita tidak takut jika ada masalah berkaitan rasuah ini,” katanya yang menyaranka­n SPRM kerap menganjurk­an program bicara santai bersama golongan wanita.

Beliau mencadangk­an SPRM membuka talian khusus untuk usahawan wanita dan penjawat awam dan swasta melaporkan terus kegiatan rasuah ini jika berlaku ke atas mereka.

Pemberian hamper, geran

“Wanita perlu diberi pendidikan dan penjelasan berkenaan rasuah. Misalnya, ramai wanita tidak tahu, pemberian hamper juga antara rasuah yang boleh dikenakan tindakan,” katanya.

Beliau berkata, kebanyakan badan bukan kerajaan (NGO) terdedah dengan pemberian rasuah dan merasuah kerana memerlukan dana untuk menggerakk­an persatuan.

“Misalnya, pemberian geran. Saya tidak nafikan, kadangkala kita perlu berhadapan dengan cabaran untuk cenderung melakukan rasuah untuk mendapatka­n geran yang sebenarnya adalah hak kita.

“Tetapi itu bukan prinsip yang betul untuk dilakukan. Sebagai pemimpin, saya elakkan perkara ini dan cari alternatif lain walaupun mengakui perlu ada wang untuk menggerakk­an aktiviti persatuan.

“Saya jalinkan kerjasama bersama organisasi yang memiliki kewangan kukuh dan kita tawarkan kepakaran yang ada dalam organisasi untuk jalinkan kerjasama,” katanya.

 ?? [FOTO ROSELA ISMAIL/BH] ?? Dzulkifli (kanan) pada program Forum Bicara BH, Rasuah - Cabaran Bagi Wanita, di Balai Berita, kelmarin.
[FOTO ROSELA ISMAIL/BH] Dzulkifli (kanan) pada program Forum Bicara BH, Rasuah - Cabaran Bagi Wanita, di Balai Berita, kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia