Berita Harian

Ragam Duterte pukau Tillerson

Presiden Filipina suarakan hajat berdamai dengan Washington

-

Presiden Filipina Rodrigo Duterte kembali dengan satu lagi gelagat terbaru apabila bersuara betapa dia ‘seorang rakan yang bersikap merendahka­n diri’ dan sedia bekerjasam­a dengan Amerika Syarikat (AS).

Kata-kata itu terbit daripada mulutnya selepas pertemuan dengan Setiausaha Negara AS, Rex Tillerson di Istana Malacanang, Manila, kelmarin.

Watak kali ini berlawanan dengan sikap kasar pemimpin itu ke atas Washington sejak setahun lalu dan memberi bayangan mahu mengendurk­an ketegangan di antara kedua-dua negara berkenaan.

Senario kali ini berubah ketika berjumpa Tillerson yang berada di sini untuk menghadiri mesyuarat keselamata­n serantau bagi membincang­kan penguasaan peluru berpandu Korea Utara dan perselisih­an maritim

“Saya gembira untuk berjumpa anda dan anda tiba pada masanya ketika dunia dalam keadaan kurang tenteram, terutamany­a di semenanjun­g Korea dan begitu juga masalah yang berterusan di Laut China Selatan,” kata Duterte.

Sokongan pakatan China

“Saya tahu anda bimbang di sana kerana anda juga mempunyai masalah domestik. Kita adalah kawan dan sekutu.”

Rasa marah Duterte lebih kepada AS terarah kepada bekas Presiden Barack Obama, ketika pentadbira­nnya mengecam tindakan kerasnya melancarka­n perang terhadap dadah sehingga beribu-ribu orang terbunuh di Filipina.

Sementara itu, dalam ucapan ketika menyambut ulang tahun ke-50 ASEAN di Manila, Duterte memberi sokongan padu kepada pakatan perdaganga­n yang terancang oleh China dikenali Rakan Ekonomi Komprehens­if Serantau (RCEP). Trump berada dalam situasi baik.

April lalu, Trump menerusi perbualan telefon menjemput Duterte ke Rumah Putih.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia