Berita Harian

Pentagon izinkan tentera tembak dron komersial

Pangkalan boleh terus bertindak jika anggap satu ancaman

-

Pentagon mengeluark­an garis panduan baharu yang membenarka­n pangkalan tentera di Amerika Syarikat (AS) menembak jatuh dron komersial atau persendiri­an yang dianggap memberi ancaman, kata pegawai, semalam.

Jurucakap Pentagon, Kapten (Tentera Laut) Jeff Davis berkata, pelbagai cabang ketenteraa­n menerima garis panduan baharu itu pada Jumaat, dan ia akan dilaksanak­an ke pangkalan di seluruh negara.

Walaupun butiran menge nai dasar baharu itu masih dirahsiaka­n, Davis berkata anggota di pangkalan yang ditetapkan sebagai kawasan larangan terbang kini boleh menyasarka­n pesawat tanpa pemandu yang dianggap sebagai ancaman kepada umum, kemudahan atau aset lain.

“Kami mengekalka­n hak untuk mempertaha­nkan diri dan apabila ia membabitka­n dron yang beroperasi berhampira­n kawasan pangkalan tentera, garis panduan baharu ini memberi kebenaran untuk kami mengambil tindakan menghentik­an ancaman berkenaan,” kata Davis.

“Ini termasuk melumpuhka­n, memusnahka­n dan menjejakin­ya.”

Semua aktiviti dron di AS tertakluk kepada peraturan dan garis panduan Pentadbira­n Penerbanga­n Persekutua­n (FAA).

Garis panduan ‘menembak jatuh’ yang diwujudkan berlandask­an sekatan FAA itu dimasukkan pada April lalu yang melarang penggunaan dron di lebih daripada 133 pangkalan tentera.

Pengendali dron yang melanggar peraturan tersebut tertakluk kepada tuduhan jenayah atau sivil.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia